Saturday, January 30, 2010

Aku dan Blogku

Salam.
Ada yang tanya (ada kot..ke perasaan aku aja semata-mata?jeng3..XD)
Kenapa blog?
Apa yang seronok sangat blog ni?
Boleh makan ke? (boleeeehhhhh..makan tempeleng perisa asam pedaaaasssss hati aku la..ahahaha)

Uhuh.
Dulu,tak seberapa lama dulu aku meriwayatkan hidup aku sentiasa dengan manusia.
Bukan cik Acer 4530 mahupun cik 5300 kesayanganku.
Tapi manusia selalu bikin aku hangat hati.
Walau ada yang bikin gembira tapi yang buruk yang selalunya mudah terasa..XD
Gaduh sana,fitnah sini.Fitnah sini gaduh sana.
(aku nak tahu lagi..kenapa orang bunuh orang,
sungguh jahat orang itu?)
Itu salah yang ini salah.

Yang betul?
Mereka dan kroni sepermainan.
Lalu aku jadi takut nak menyatakan isi hati.
Dan aku bertemu cik blog yang aku ibaratkan bagai tandas bergerak yang berkunci.
Dan kuncinya aku yang pegang.
Aku boleh lepaskan segala-galanya di sini.(kecuali hal sensitif,aku benci sentuh hal sensitiviti..sensitif..err..)
Engkaorang cuma boleh baca dan komen.(sila komen ya kawan-kawan XD)
Yang baik aku ambil,yang buruk aku tak peduli.
Kerana cik blog ini pendengar terbaik yang aku pernah dan akan ada.
Jadi jangan siapa-siapa berani persoal apa fungsi blog dalam kehidupan.
Tepuk dada,on laptop dan buat blog sendiri.
Kalian akan rasa apa yang aku rasa.
Dan aku tak akan bising dan ambil peduli.
Begitupun dulu aku blog masih rasa sunyi.
Mujur ada cikLinda,cikNisah dan beberapa insan lagi.(dan semakin ramai..=))
Kini aku tak kesorangan lagi.

~teruja sebab dah lama tak mandi pagi..eh..laut..eheh~
Kalian,kalian punya banyak yang aku tidak.
Tapi,aku ada apa yang kalian tidak.
Sebab aku lihat dunia dari sudut yang terlalu berbeza.
Terlalu berbeza kalian tak akan faham.
Kalian boleh cuba,tapi tak akan kalian dapat.
(kalian..aku nyaris silap eja jadi kailan..ikan masin...XD)

Tapi kalau mahu tahu dunia dari mata aku,
silakan tekan butang follow di pinggir blog ini.
Dan lawat selalu.
Sekurang-kurangnya ada sikit bingkisan spektrum yang lalu
di cermin mata 'old skool' aku ini barangkali,
akan terpantul ke mata kalian.
Tahniah kepada yang berjaya.
Kepada yang tidak, cuba dan terus cuba.
Dunia ini tak bersempadan.
Sempadan cuma hidup,dan kematian.
Mana ada orang mati mampu menaip blog.(boleh bikin filem..Blog 5505..eheh XD)
~ahaha..gambar untuk hari ini..kenapa aku tak ada?sebab aku penangkap gambarnya =)~
Haha..

ps:- terima kasih pada Jaa untuk gambar-gambar di atas =)
Blogged with the Flock Browser

3 comments:

  1. blog rakan karib ke-2 ku...
    lgi2 ak nie lemah menuturkn kte pada manusia...

    ReplyDelete
  2. ahahahahaha..dua dua tu pun boleh =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers