Thursday, January 21, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah


Selamat.

Aku pun pelik kenapa post aku yang sebelum ini.
Rupanya post tersebut adalah untuk contest LG Nuffnang.
Entah makhluk apa yang hasut aku masuk contest ni..(tapi ini la contest pertama cik blog aku nih..tepuk3..)

Jadi post itu,menang tak menang akan aku biarkan sebagai batu tanda contest pertama aku sejak mula berblogging dari setahun lepas..(tepuk3..lagi..)
Hari ini tak banyak yang berlaku.Semalam dan kelmarin ada la juga sikit-sikit.
Oh.
Tadi masa aku dalam proses 'mega-download' di unit Falak tiba-tiba ayah angkat aku dan Wan datang.
"Aie,Ikhwan,saya mahu tunjuk awak itu satelit dish milik school of Computer. Mereka kata kalau boleh mahu join venture sama kita untuk projek ini."
Jadi kami pun melompat-lompat dari unit Falak ke cerunam depan HEP.
Hasilnya?

~aku di sisi satelit dish tersebut..cinta pandang ke-entah-berapa-kali-tah mula berputik..ohh..~

~bangga menjadi anak USM pertama memegang satelit dish tersebut secara halal~

~Pak angkat aku dan Wan dengan teliti dan istiqamah menerangkan dengan panjang dan lebar tentang ciri dan sifat satelit dish yang kami risik itu~
Dah lama aku musykil apa-jadahnya dish itu terpacak di bawah batu Canselor.
Mungkinkah sebagai perhiasan semata-mata atau ada pengertian di sebaliknya?(ohh..satelit dishku...XD)
Cukup-cukup-cukup.Lain kali aku updatekan kisah aku dan projek radioastronomy aku.
Hari ni agak bosan sebenarnya.Dan memenatkan.
Hampir-hampir aku patah semangat nak masuk lecture OB.(haaaa...ape tuu??)
Tapi aku masuk juga.Semangat semangat.
Masuk-masuk semangat terbang.
Dan tak pasal-pasal aku jadi mangsa Anep Ehsan Razuki sebagai tempat beliau mempraktik topik stress yang diajar tadi.
Dan akhirnya petang tadi aku disambut oleh tilamku yang tak berapa nak empuk.
Oh..maafkan aku tilam.
Aku telah menduakanmu..(dengan satelit dish pulak tu..dan kabel Lan unit Falak..dan Wii..dan macam-macam lagi..XD)


Hoho~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers