Dengan bangga dan penuh tabah dan redha aku tolak pintu masuk dewan kuliah U jam 3 tadi untuk kelas Psikologi Sosial.
Dan bila masuk aku nampak Abrar dan Jaa dah ada.
Di antara mereka ada satu seat kosong yang aku tahu di-reserve-kan untuk aku.
Lalu aku terasa macam maharaja.
Dan tahu-tahu aja ada borang soal selidik yang panjangnya macam esok kiamat.
Tapi aku jawab juga demi markah lebih walau tengkuk aku jadi sakit.(hati aku pun sama..)
~soal selidik ke soal siasat aku pun kurang pasti~
Tapi aie tak kesahhh..
Sebelum itu kelas tutor Psikologi sosial.Dan ada pembentangan.
Ada seorang classmate aku menerangkan tentang kognisi,skema pemikiran dsb (aku tak mahu terangkan..sila dampingi pakcik google untuk itu)
Dan dia kata ada orang bila skema pemikirannya bangun pagi-pagi gosok gigi,takkan orang itu tiba-tiba bangun pagi cuci tingkap..(dan dia ketawa sorang2..aku jadi simpati..)
Jadi otak aku yang sentiasa mencari ruang menyucuk jarum humour gelap aku membayangkan seorang yang rutinnya bila bangun pagi mencuci tingkap.Hmmmm...menarik..(cuci kipas pun menarik juga..mesti tingkap dan kipasnya sentiasa berseri dan ayu tak seperti yang bilik sahabat-sahabat aku..ehem2)
Apapun biar aku dan kalian fikir dan bayangkan sendiri itu semua..
------------------------------------------------------------------------------------
Gambarajah di atas adalah snap dari cik blog kembar aku si JaaBrainstorm.
Entah kenapa aku suka ayat-ayat beliau yang klasik dan mencengkam jiwa.
Ditambah lagi dengan kelas mini mari belajar bahasa Melayu mazhab Jaa.
Tahniah la beliau.
Aku bukan bodek.Bukan kelentong.Aku cuma suka apa yang aku suka.
Jangan banyak komplen.Korang pun begitu.Aku tahu.
Malam nanti aku nak post macam-macam lagi.
Jiwa muda aku sekarang cintakan blog.(sebab blog aja yang aku ada..ianya murah,mudah dan sedap..XD)
Ketik2..
No comments:
Post a Comment