Tuesday, January 26, 2010

Selamat Malam Dunia


Salam.
Malam pun datang.
Mengantuk pun datang.Kepala pun berat semacam.
Tapi hati muda ini nak juga post sesuatu di sini.(walaupun sebenarnya aku tak tahu nak post apa..(-.-)>)
Tapi itu semua bukan halangan memandangkan cik blog ini milik aku.Hahahaha.(oh cik blogku..)

Macam orang selalu kata,(orang la kata,aku tak kata,aku cuma kata orang kata..XD)
Hidup ibarat roda.
Betul.
Dari sebahagian aspek begitu la gayanya.
Ada orang kata,hidup macam awan.Gelap tak selalu bermakna hujan.
Betul.
Kalau hujan pun kemudian akan datang pelangi.(untuk hujan pada siang hari aja ya..jika hujan pada waktu malam engkaorang buat la pelangi sendiri guna krayon Buncho..)
Pada aku hidup macam tapak kaki yang aku buat di atas pasir di pesisir (aku merasakan gabungan perkataan pasir dan pesisir sangat mantop..(>o<)>) pantai di Batu Feringghi suatu hari beberapa minggu lepas.

Kenapa?
Sebab pada aku,walaupun hilang bila air laut bah di pantai,pepasir (aku dapat rasakan bakat aku sebagai sasterawan semakin menyerlah..XD) yang membentuk tapak kaki tersebut tak akan lupus macam itu aja.
Sekurang-kurangnya cik-cik pasir tersebut akan dihanyut air,
hinggap di pantai lain 
dan jadi tempat untuk orang lain berpijak.
Hidup kita tak perlu diagung-agungkan.
Cukup sekadar dikenang dari sudut positif,(siapa nak ingat orang jahat iya tak?)
Dan akhirnya sifat kita yang jadi kenangan positif itu jadi panduan,
atau sekurang-kurangnya bantu orang lain untuk jadi lebih baik.
Dan seterusnya putaran itu berterusan..
(lalu entah kenapa aku tiba-tiba mengidam kentang putar..err..)

~gambar untuk hari ini~

Ookies.Cukup-cukup-cukup.
Aku dah masuk dalam mode 'meraban'.
(kepada uncle, aku sendiri dah lama tak dengar perkataan meraban nih..hehe)
Barangkali akibat terlalu banyak menentang kejahatan Joker.
Atau terlalu mendalami encik Batman yang serius lagi berfalsam..eh..falsafah..XD
Atau juga tekanan akibat aku masih belum dapat tau apa maksud,Hamilton operator dan commutative operator

Seperti biasa itu tandanya aku perlu tidur.
Jadi selamat malam dunia.
Aku tidur dulu sebelum kau terjaga.
Kalau kau bangun awal kejutkan aku Subuh..XD



Krroooihhh..

2 comments:

  1. waaa...meraban-raban la selalu ya..
    hehhehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha..ya,trimakasih Nuyui kerana sudi membaca pene'raban'an aku saban hari =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers