Tuesday, February 2, 2010

Ada satu Cerita

Salam.
Lama aku simpan cerita ini.
Mungkin dah setahun.
Kisahnya begini.


Seorang gadis di pinggir koridor.
Merenung pintu bilik tutor yang legap.
Dari hujung mata aku lihat bilik itu masih gelap.
    Hari masih terlalu pagi.
Gadis itu barangkali seorang Cina.
Atau Sabahan mahupun Sarawakian.
    Di hujung mataku.
Gadis itu memeluk sebuah fail plastik biru.
Dan sebuah buku.
Renungan matanya ke pintu itu bagaikan tembus.
Dan sinar matanya bagai ada hujan dalam hatinya.
Gadis itu merenung lagi pintu.
Sesekali menunduk ke lantai.
Mungkin, sekadar mungkin, kulihat ada titisan halus menitik dari pipinya.
    Atau mungkin itu hanya perasaanku.
Gadis itu, masih merenung pintu.
Bersandar di dinding batu bersalut cat hijau muda.
Menghembus nafasnya laju.
    Barangkali dia mengeluh.
Ingin aku tahu apa ceritanya.
Apa kisahnya.
Keluhannya mengail rasa ingin tahu.
Titisan itu membuak rasa musykil dan raguku.
    Dia juga manusia.
Lalu ingin tahu terbunuh sendiri.
Pasti kisahnya seperti seorang insan bernama manusia.
Seperti mana aku juga seorang manusia.
    Pasti ada cerita duka dan bahagianya.
Si gadis mengeluh lagi.
Lalu dia memandang ke arah ini.
Mungkin baru menyedari kewujudanku.
Di hujung koridor ini.
Lalu Sang Gadis menguntum senyum misteri.
Sambil mengesat pinggir mata.
Menolak pintu dan hilang.
    Dari hujung mata ini.

Misteri kan.
Sampai hari ini aku musykil siapa itu.

Misteri misteri..

8 comments:

  1. ish kau incik aie.
    menakutkan. hehe.

    ReplyDelete
  2. ehehehe..kisah ini terjadi di lorong bilik tutor atas dk I,J,K ye..
    jangan tegurrrr..XD
    ngeeeeeeee~

    ReplyDelete
  3. erkkk..ahahaha..agak cun jugak la XD

    ReplyDelete
  4. ngeee..ahahaha
    xberani.oreo dalam blog aje riuh2 nih..
    sebenor2nye teman nih pendiam dengan orang yang xberape kenal..ahahaha XD

    ReplyDelete
  5. oreo...kamoo dtagg..sila ke page sy utk copy paste n jwb tag..hhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers