Tuesday, February 2, 2010

Aku Masih Disini (Ewah..ahahaha XD)


Salam.
Dari bloh cikNisah, aku melompat-lompat ke blog teman batch kala sekolah dulu.
Ada yang sudah jauh, nun di Eropah.
Ada yang sudah grad dan membina hidup.
Ada yang di sini seperti aku masih mencari diri.
Yang aku sedar, dalam belasan,puluhan link di sisi blog, nama aku satu pun tak ada.
Uh.
Barangkali tak dulu aku tak menyerlah.(sekarang pun sama aja..ahaha)
Tak lekat di kepala mereka-mereka.
Entah kalau mereka-mereka itu menyelak foto lama,nama aku pun mereka-mereka lupa.
~enchik bulan..kau juga dibayangi dek cahaya lampu..macam aku..hu~
Sedikit rasa kejauhan.
Itu satu kisah.
Ada beberapa blog mereka terpampang foto di luar negara.(hu..serius aku cemburu..)
Ada yang bercerita,dengan ayat dewasa.(ya..barangkali mereka-mereka sudah dewasa..tak seperti aku)
Yang bertazkirah,yang beralih bahasa.
Yang bercerita tentang betapa dewasanya mereka-mereka.

Ahaha.
Betul.
Aku belum capai kematangan mereka.
Aku belum berhak persoal cara mereka-mereka.
Tapi sungguh aku rasa ditinggalkan.
Susah sangat rupanya bertanya khabar.
Bukan aku tak mahu jadi pemula.
Kalau aku mulakan sekalipun akhirnya aku akan ditinggal.
Aku jadi batu dalam dunia mereka.
Adapun seperti tak ada.

Emosinya aku.
Barangkali aku silap makan.(ini mesti kari ayam Kak Ani..XD)
Ah.
Aku tak mahu lagi jadi batu.
Aku mahu jadi kaca.(permata mahal sangat..XD)
Usah pijak aku kalau tak mahu terluka.

Ahahahahahahaha~ (ii)

ps-jujur aku mahu seperti bintang.bintang tak mencari kalian..kalian yang mencari bintang..

11 comments:

  1. ahahahaha~ayat saye sedikit melampaui usia tanpe saye sedari..
    ehehe~ XD

    ReplyDelete
  2. jgn la begitu...
    ak kn ad....
    hehehhehe....

    ReplyDelete
  3. haha~timekaseh cikLinda.kalau cik dengan cikNisah tak ada barangkali aku jadi insan asing di batch sendiri..he~ (ii)

    ReplyDelete
  4. betul. itu jugak yang aku rasa masa berjalan ke blog-blog tu.

    rasa KERDIL.

    tapi sekarang aku sedar. kita tetap unik, berharga dalam diri kita sendiri.

    tanpa perlu dibandingkan dengan orang lain. tanpa perlu dihargai oleh orang lain.

    tapi, belajar memperbaiki diri tu satu tanggungjawab, sentiasa.

    :)

    ReplyDelete
  5. beeetooii3.. :)
    apa yang aku maksudkan dalam post neh cuma rasa jauh je dengan budok2 tuh..he
    tapi kerana ada angkaorang semua aku tak kesah pun :)
    kerana diriku begitu beharga..ahahahahah XD

    ReplyDelete
  6. hahaha..mcm iklan loreal..kerna diriku begitu berharga..
    ape2 pon..jd diri kita itu best.. ;)

    ReplyDelete
  7. yoshhh :)
    siapelah kita tanpa diri kita.
    eheh XD

    ReplyDelete
  8. oiii...
    jgn la cmtu...
    ak pon xd la kawan ngan sape2 pn...
    ad ko...chik...ngan farah jerk...
    hehehhehe


    yg len pn ok la...
    lh r masuk...
    x kisah pn...cume law yg rapat ngan ak...tyme ak kawen kne berkampung kt umh ak la...
    lg2 ko...
    haahahhaha..... ;D

    ReplyDelete
  9. waaa syiok. tolong bagi kad paling lawa untuk 'perkampungan' tu nanti ciklinda ye..

    ni yang aku rasa macam nak suruh ko kawin sekarang ni. haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers