Selamat.
Seperti yang aku nyatakan dalam tajuk entry.
Cakap-cakap orang.
Orang memang kuat bercakap,bercerita,menglipurlara dan segala apa aplikasi yang memanipulasikan mulut.
Dan kepala.
Tapi aku kurang gemar sesuatu.
Orang suka ikut sedap rasa hati-hati mereka aja.
Apa orang lain tak ada hati?
Atau mereka-mereka ini cuma pandang kata-kata dokter,lawyer atau majistret?(tok syeikh..barangkali?)
Ehem-ehem.
Aku sebenarnya sangat sensitif dengan cakap-cakap orang.
Terlalu sebenarnya.
Sampai ada ketika kalau ada yang menyebar bau tengik mulut (dan perangai..sila baca ayat ini dengan pemahaman yang mendalam..XD) mahu aja aku sumbat dengan selipar cicah penerajang sulung.
Hahaha~
Tadi sebenarnya aku sampai ke sebuah kedai buku.
Di kedai buku ada seorang akak (akak rasanya..tak tahulah kalau abang XD) berpurdah.
Dan akak itu bagai mengagung-agungkan tok syeikh guru beliau.
Bila diberi pendapat akak berpurdah itu mencelah.
(kejadian ini melibatkan Wan tapi aku memerhati dengan tajammm..)
Itu tak boleh.
Ini tak boleh.
Yang boleh?
Apa yang tok syeikh dia kata.
Aku tak kisah lagi itu.
Tapi bila dibuka soal mengenai perasaan ingin tahu,belum sempat buka mulut,akak itu memintas;
"para sahabat tidak akan membebankan diri dengan apa yang mereka tidak tahu."
Aku panas.
Apa salahnya perasaan ingin tahu selagi perasaan itu bukan bertujuan atau membawa kepada rasa ragu atau mempersoalkan kuasa Tuhan.
Tambahan lagi,aku tak semulia para sahabat.
Tahu apa akak berpurdah itu kata?
Katanya tok syeikh pernah marah padanya kerana ingin tahu.
Mungkin aku yang terpesong,atau akak itu yang terlalu taksub.
Kalau salah di pihak aku, maafkan aku.
Yang baik itu datang dari Tuhan.
Yang lemah itu aku sebagai insan.
Aku bukan mengutuk atau caci akak tersebut.
Barangkali tahap takwanya teramat tinggi berbanding aku.(barangkali..)
Tapi Tuhan jadikan mata untuk melihat dan memerhati.
Telinga untuk mendengar.
Mulut untuk mengucap syukur dan menyampaikan.
Hati untuk mengertikan dan memahami.
Akal fikiran untuk berfikir,mempelajari,menghayati dan memahami.
Aku sedikit emosi.
Maaf.
Aku tak mahu sentuh lagi bab-bab ini.
Sensitif.
Maaf ya kalau ada yang terkena atau terasa.
Aku cuma mahu nyatakan isi hati aku.
Moga aku tak terpesong dari jalanNya..
~entry dan tajuk macam tak berapa berkaitan..aku baru perasan..XD~
Ralat~
e'erm betul incik aie.
ReplyDeleteaku pernah dengar pendapat yang macam 'akak' tu cakap. (pasal ingin tahu tu.)
entah. tak berani nak mengulas cerita ni sebab aku tak tahu. (tak tahu bermakna perlu belajar lagi.)
semoga kita terpelihara dari ilmu yang tak berguna.
ilmu xberguna tu x ape lagi..
ReplyDeletejangan ilmu yang menyesatkan..
aku boleh terima pasal dalil tentang 'ingin tahu' tu..
yang aku kesal akak tu mula2 kata kita tak boleh(dia cakap dengan penekanan)ambil pandangan ahli falsafah..
dan kemudian dia macam agung2kan tok syeikh dia..
agung2kan penulis buku yang dia kenal..
dan dia tolak tanpa periksa penulis buku yang dia tak kenal..
pada aku itu dah macam satu ideologi(falsafah jugak tu)..
entahlah cikNisah..
barangkali akak tu lebih banyak ilmu akhiratnya..
takpelah..selagi aku tak buat benda yang salah..
bkn ke malu bertny sesat jln??
ReplyDeletekirany klu kita blaja dlm klas..but we want to know that subject specific lg..kira x bole bertny ke?
ke cmner?
hehe..tahlah..
ReplyDeletexpela..oreo xmau blog nih jadi blog berat2 jadik kite biorkan ajelah sampai di sini je ye..:)
"para sahabat tidak akan membebankan diri dengan apa yang mereka tidak tahu."
ReplyDeletekalau macam tu bila nak maju? macamne nak maju kalo ilmu ko takat tu je memanjang? haih..
ahahaha..kalau aku berbahas dengan akak tu pun buat aku lagi panas aja..biarkan ajela Jaa..
ReplyDelete