Salam,
Huk huk huk.Ampun maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung daki celah kuku kaki.Aku menyepi tanpa sebarang kata disebabkan "berukband" buat perangai macam beruk dan sebagainya serta alasan-alasan lain yang sedikit tak munasabah mahupun munasarawak.
Walaubagaimanapun hasil daripada penyepian ini; bak kata orang tua-tua; aku tak kata sebab aku muda rumaja lagi; diam-diam ubi berisi.Lesen kereta akhirnya berada dalam genggaman dengan sekali test.Hoh.Riya' ,takbur dan ujub sungguh.Ibarat kacang lupakan plastik kacang betul aku ni.Alhamdulillah..baru betul.Hahaha.
Semester pun dah hampir,subjek pun tercangak-cangak apa yang nak didaftar.Budak extend.Begitulah.Yang pandai-pandai dah lepas ke dunia pekerjaan semua tinggallah yang tak berapa nak bijak,comel,molek,baik hati dan berbudi-bahasa serta bersopan santun di sini (ops terlebey sudahhh XD).
Novel (sebenarnya cerjang sebab tak sanggup aku menovelkan seketul-seketul riwayat hidup aku di kampus;kalau selebriti lain cerita la;cis cis dan ciskek) akan dihentikan sementara waktu akibat kecelaruan hampir buka semester.Dan cik blog ini akan sekejap meriah sekejap sunyi memandangkan bila semester baru mula mestilah kita perlu pura-pura rajin dan bersemangat kental menghadiri kuliah dengan paksarela.Hoh.
Kepada mereka-mereka yang berjaya ke IPT-A atau S semoga berjaya mencapai cita-cita.Sebab realitinya jarang-jarang cita-cita tercapai.Lantak la korang.Huahahaha.Jahat betul aku.Belajarlah,tuntut ilmu walau sampai ke negeri China.IPT mana-mana pun sama asal mahu belajar dan usaha (aduh).Jangan kahwin lari dengan boifren mahupun gepren sampai ke China sudah.Thailand kan dekat aja.Ehem~ehem XD
Hoh.Lama tak membebel makin jahat rasanya.Kita jumpa lagi pada edisi seterusnya.Ceh.Renung-renungkan,dan selamat beramal! XD
ps:takut kena ban dengan Suruhanjaya Multimedia pulak kalau pot-pet bisa-bisa.Ehem~ehem XD

~~~~~~Jom back to kampus~~~~~
ReplyDeletewelcome back!
ReplyDeletecik jari : hehe :) jom3..eh..ada lagi 5 ari la.he
ReplyDeletemeowwmania : trimas :) he
ReplyDelete