Saturday, April 9, 2011

Cikgu Oh Cikgu~

Salam.
Anak murid kena denda selalunya kerana tak hormat guru..
Kenapa tidak hormat guru?
Kerana di rumah sebilangan ibu bapa tak terapkan ajaran supaya menghormati orang yang memberi ilmu.
Manjakan anak berlebihan.
Malah kalau anak dicuit sedikit (sikiiiiit sekalipun) pun nak saman guru.
Dan kerana itu,jadilah kes murid pukul guru..
Kerana yakin ibu bapanya boleh bekapp (kite bekappp kite bekapppp bak kata Ucop Wilcha.hehe)

dan kerana ada sebilangan guru terkesan dan telah hilang jati diri sebagai seorang pendidik akibat keadaan semasa maka ada sebilangan guru melampaui batasan..
Namun cikgu juga manusia..(tapi yang terlampau melampau tu..tak dapek den nak tolong..huhu)


nah.nak kata silap sapa?

Aku dulu bapak aku siap pesan kat cikgu (rasanya kebanyakan kita yang seusia dan keatas ni pun).."selagi tak patah riuk dan cacat anak saya ni cikgu,pukullah untuk didik dia.saya amanahkan anak saya pada cikgu supaya tak jadi kurang hajar."
Lebih kurang begitula ayatnya. 
Hasilnya jadilah aku yang cukup respect kepada profession pendidik ni.Bapak aku pun cikgu.Anak-anak murid dia dulu jangan cakap cubit,pelempang two way-ticket pegi balik pun dapat.
Malah aku pun merasa (tali pinggang pun penah dapat tau! haha)
Dah besar semua carik bapak aku.
Bukan carik balas dendam.
Carik sebab nak berterima kasih sebab kerana pelempang dia semuanya jadi insan berguna dan bukan sampah masyarakat yang besar kepala.

Aku pun berterima kasih sebab kalau tak kerana bapak aku yang melibas, cikgu-cikgu yang lepuk aku dengan buku log,jentik dahi,pulas perut 180 darjah,pulas telinga 270 darjah, dan sebagainya,aku jadi seorang yang hormatkan orang tak kira tua muda.
Bertoleransi lagi murah dengan senyuman (sebab dulu kena denda dengan cikgu kena maintain senyum innocent,baru sejuk hati cikgu.hihi)

Aku nak nasihat pun tak pandai.
Ilmu pun belum cukup.
Tapi kawan-kawan seusia,adik-adik,abang akak..
Hormatilah guru kita.
Sayangilah orang yang mendidik kita.
Dari kita mula kenal tatabahasa sampai dah akhil baligh yang tak jemu mengajar kita adalah guru.
Ibu bapa pun tak ajar kita matematik moden,sejarah,geografi lukisan kejuruteraan dan sebagainya.
Mungkin kita kata tak hormat guru pun boleh lulus periksa.
Tapi Insyaallah.Menghormati guru itu ada banyak kebaikan.
Pahalanya pun besar menghormati orang yang menyampaikan ilmu ke arah kebaikan.
Jadi hormatilah guru.
Untuk menjadi orang yang dihormati,kita perlu belajar untuk menghormati.
Untuk jadi orang yang disayangi,kita perlu belajar untuk menyayangi.
hahahahahaha..ni lagi bagus..kui3
Notakaki : Terima Kaseh, CIKGU! :)
~segala kartun di atas bukan hakmilik saya,dan merupakan hasil carian Google semata-mata.wink3 :D~









1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers