Monday, January 18, 2010

Arep baru pulang..dari Medan

Salam.
Malam tadi.Sedang seronok mengumpat sambil menambah dosa sebakul dua...
~Oooooiiii!Aku sudah balikkkk!!~ jerit Arep Mazuan Zulkifli dalam selang Endon.
Uhh..baru je nak mengumpat..bisik hati aku.
Hasil tangkapan aku mendapati beliau memborong semua kain sarung dan tudung beserta telekung kat Pasar Ikan Medan.
Abeh la gerai kat sana tak boleh nak meniaga lagi.
Tapi aku tak kesah.
Tambahan pulak Arep Mazuan Zulkifli telah membawa bersama sekotak Bika Ambon, empat biji Jeruk Mastaji,sekotak Sumatra Teh,separuh dozen keychain dan sepatah perkataan "rambu-rambu" yang bermakna traffic light untuk dimakan bersama (err..kecuali kotak teh,keychain dan perkataan itu,ya..aku masih bertamadun untuk tidak makan semua itu)
Aku malas nak upload gambarnya jadi sila baca dan tengok sendiri di sini...
http://phy453.blogspot.com/2010/01/en-balik-endon.html

Dan di atas adalah gambar koleksi (yang tak berapa koleksi pun..) keychain aku dari oversea..
Dari kiri adalah encik terompah Taiwan..(tepuk3..) ditengah adalah puan sampan Sabah..(ye2,aku tahu Sabah bukan luar negara tapi masih lagi oversea,bukan?) dan di hujung kiri adik selipar Medan!!(tepuk3..)
Semuanya dari kawan-kawan yang melancong dan melencong ke sana.
Aku aja yang beku di pulau ni.

Seronok ke beli keychain?Aku tak tau.
Tapi aku tak puas ati.
Barangkali kerana lain aku minta lain Arep Mazuan Zulkifli beli.
Apa yang aku mintak?
Korang tanya la sendiri Arep Mazuan Zulkifli.


Noktah.(Jaa,aku pinjam noktah kau sepost.hehe)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers