Sunday, April 25, 2010

Aku bukan musuh segalanya

Salam.

Wallet berisi 80sen.Air sejuk gelas komtar.CCTV di dapur basah.Tiga dara pingitan menjeling aku yang berseluar track dan sweater petrol lusuh dengan hujung mata dengan harapan aku bangun kepada mereka dan kata 'hai,boleh berkenalan' tapi maaf kerana aku ini pemalu habis orangnya.Meja basah dengan air teh atau nescafe sisa baki pelanggan sebelum ini.Dan kain buruk yang terpercik air ke sweater lusuh kala pekerja dengan hikmat menebar roti canai mengelap-ngelap meja didepan mata;kenapa kau tak lap sebelum aku tiba,hah?
Lauk-pauk di sisi kaunter yang sarat dengan rempah-ratus kalau tidak rempah-ribu dan kalau rempah-juta pasti aku demam dan histeria lalu batuk kering dan resdung disitu juga.Sotong goreng kunyit berguling-guling sepi dieejek kawanan kerang tray sebelah kerana harganya yang sangat dan amat mahal lantas tidak laku. 
Tiga jejaka tak dikenali merenung aku dengan wajah kurang puas hati dan aneh.Barangkali belum pernah lihat orang kampung bergaya dengan sweater lusuh reject shop dan berseluar trek kembang terlebih satu saiz.Atau saja mereka mengakui title 10 paling jambu skool fizik lalu merangka projek jutaan ringgit semata-mata mahu mengambil kedudukan yang aku reka sendiri-sendiri demi memuaskan hati semata-mata.
7-11 yang bermesin atm tapi sudah berbulan tak diservis.Pintu tarik yang aku lebih selesa tolak kerana mana-mana pun sama aja;ia tetap akan terbuka.Gadis free hair yang menjeling tajam kononnya memberitahu 'akulah ratu' walhal kau cuma batu;atau barangkali kayu kerana aku sudah punya puteri kayangan.Mesin slurpee dengan slurpee biru yang masih berputar walhal jam sudah pukul satu dan mesin tertulis 'mesin ditutup pada jam 12'.Pekerja yang menguap tertahan-tahan barangkali control macho di depan si gadis ala-ala ayu.

Mesin syiling parking antik yang baru diletak di depan kompleks rst yang berjaya mengurangkan populasi tempat letak kereta pelajar kerana 80sen adalah hanya untuk sejam.Parking yang dulunya meriah dengan kereta berbagai bangsa dan budaya kini sunyi sepi ibarat rumah hantu yang kurang menjadi.Petak parking yang bertanda dengan nombor ganjil;entah mana hilangnya nombor genap..sungguh ganjil.
Gadis melayu;barangkali cina bertubuh ala-ala model sambilan iklan lux,pantene,atau klorox mahupun dettol;atau sabun basuh daia;bersama teman lelaki tertunduk malu;ada rupanya dalam kamus hidup mereka perkataan malu;melintasi van;atau gerai bergerak yang sudah jadi bagai tugu atau tunggul yang aku perasan sudah dan tidak mungkin bergerak-gerak lagi.Gerai burger yang ada kala beroperasi dan setiap masa tertutup barangkali sekian lama dibuka masih tak untung-untung;mana mahu untung kalau kau kerja 2 hari dan cuti sepanjang minggu hey.

Tempat parking desa dengan sebuah kereta merah yang barangkali kalau aku jpj atau bonzer tarik sudah aku humban dalam laut di sisi jambatan Pulau Pinang biar kau jadi tukun untuk ikan-ikan yang sudah lama muak hidup dalam air berkeladak dan berminyak.Kereta saja cantik tapi kau parking macam najis.Cait.
Tangga mengadap tingkap hostel wanita yang setiap masa;ya sepanjang masa ada sahaja yang tergantung di situ.Segala hala haiwan dan tumbuhan;dari sotong hinggalah kailan;semuanya ada di situ ibarat kedai yong tau foo.Dan kadangkala ada wondergirls tanahair berjoget-joget riang membuat tayangan percuma kepada mamat-mamat sengal yang sudah muak lalu jadi tak bernafsu melihatnya seperti aku.

Meja yang sudah bercalar akibat aku yang suka mencalarkan kesuciannya dengan pisau cutter kerana memotong kertas untuk projek menghabiskan masa yang kurang lapang.Kura-kura sepasang yang diasingkan bukan kerana masalah rumahtangga berantakan tapi kerana aku terjumpa kuku kura-kura entah milik yang mana;mereka belum faham konsep harmoni atau 1Malaysia;barangkali.Nota yang terusik seketika kemudian terbiar sepi bagaikan hiasan semata-mata.Katil yang dipenuhi kertas berselerakan dan mata yang semakin berat;seberat berat seekor makhluk atau objek yang berat;tandanya itu sudah cukup berat.Juga hati yang berat untuk mengakui mata sudah terlalu berat.

Aku bukan musuh segalanya;aku cuma melihat segalanya dari perspektif berbeza.

11 comments:

  1. uncle baca cerita terbaru ko sampai abis firstly uncle ingin memuji cara pembawakan dan gaya bahasa dalam penulisan ko..begitu abstrak sekali..ngalahkan penulis berumur kerana ianya bergitu matang..ko telah membuatkan uncle berminat membaca sehingga habis..bagus dari segi tu penulisan ko telah pun berjaya..uncle cadangkan ko teruskan pernulisan sebegini..kerana ianya amat menarik sekali....syabas di ucapkan..memang blog ko ni sudah dikenali ramai dan feymes adanya.

    ReplyDelete
  2. uncle : haha..
    oreo tgh bercadang nak tuka style penulisan..
    takpun rotate sekali sekala..
    he..
    timekaseh byk2 utk komen membina uncle ;)

    ReplyDelete
  3. ^_^ memang ayat oreo ni power2..

    study leklok ye. dni tak study2 lagi. maen je. adoyai

    ReplyDelete
  4. oreo!! nak 1 hehe

    eh cara penulisan aieoreo dah len tp bila bace cool je best sgt.. bgs2..
    hehe =)

    ReplyDelete
  5. cikMira amira : hehe..nah 1 keping :P

    hehe..baru cuba2 je..
    tapi thanks! :)

    ReplyDelete
  6. cikDini : hehe..
    tersengih sorang2 kot baca komen dini..
    thanks :)
    dan chayoks2!
    oreo pun byk maen je gak nih..hehe :P

    ReplyDelete
  7. eh 1 keping je . nak 1 bungkus paling kurang pun 1 lori.. ngehngeh =p

    ReplyDelete
  8. cikMira amira : err..nah satu kontena buat makan satu family sekali dgn encik airsuam sekali :P
    hehe

    ReplyDelete
  9. woooooo mendalam.
    aku bukan musuh ..
    aku pencinta wanita.
    ngehehehhehe


    >>____<<

    ReplyDelete
  10. Frodo : miahahaha XD
    oreo pun sama..
    mwahahahaha :P

    ReplyDelete
  11. aku suka entri ini.. hahaha..
    Ja a Brainstorm likes this..

    btw, nasib baik aku dah nak habis.. kalo x mne aku nak letak keta aku kalo pak gad x bagi masuk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers