Kebelakangan ini; kehadapanan aku belum pasti lagi; aku dapat rasakan ada satu lagi aku dalam kepala otak ini. Macam ala-ala kembar jahat yang lama terpisah; sesuatu yang macam itu. Tapi satu lagi aku ini suaranya sangat jahat; terlalu jahat. Dibandingkan dengan aku yang penyayang, lemah-lembut dan berbudi bahasa budaya kita (miahaha XD), aku yang satu lagi ini bagaikan conjugate yang sempurna. Jahat,nakal,comel,kacak bergaya; eh?eeehh?
Satu lagi aku ini akan keluar bila aku yang baik (haha) melakukan sesuatu yang baik; kunun-kununnya. Lalu beliau akan berkata-kata dengan penuh rasa kejam yang sadis.Kalau aku katakan putih; beliau akan menjerit,"HITAM!" Kalau aku katakan comel; beliau menjerkah,"HUDUH!".Aduh.
Tapi aku memahami aku yang dark side ini. Beliau cuma jujur sebenarnya; atau barangkali beliau itu sebenarnya isi hati.Cuma kadangkala tak terbawa sudut gelap ini; atau kadangkala juga sudut gelap lebih mudah terlihat di mata.Dan ada kalanya; sudut gelap lebih mudah menangis berbanding kita.
Oh~
Hari ini parking 80 sen sejam masih kosong.Masih sepi bagai kuburan; bagai bila-bila masa saja ada makhluk halus (ehem-ehem); seperti kucing atau tikus; merayap-rayap di situ.Dan kedai yong tau foo masih terbuka 24 jam 7 hari seminggu seperti selalu; berbagai corak dan warna dari koleksi warna air Buncho dan Stabilo; masih hangat seperti pisang goreng panas.Cuma kali ini sudah tiada lagi tayangan percuma; barangkali kerana margin keuntungan dari hasil tayangan jatuh merudum; atau kerana penari kebudayaan tak bertauliah sudah mati keras hasil soalan exam yang terlampau.Aku pun barangkali boleh mati; mati kutu; itu boleh menghalang masalah kepala gatal-gatal; mati keras; dan bukan lagi mati akal.
Barangkali itu lebih baik; dari mati tanpa iman,bukan?

first komen..
ReplyDeletetp xtau nak komen pe..
heheheh.. :P
Kamu bkn jahat, kamu cuma nakal... hehehe
ReplyDeletepandai r kau berfalsafah...bukan mrepek semata2, tp ada isi tersirat.
ReplyDeleteseb bek aku faham bahsa mrepek ni.
hahaha~
ko dulu amik sastra ek?
broFaiz Farish : nakal? XD
ReplyDeleteBaBy : he :)
ReplyDeletetahniah2..jgn lupe mark dalam kalendar tau XD
miahahahaha
cikAyie : haha..
ReplyDeleteoreo tidak berfalsafah pun..
cuma ayat tu spontann ditaip..
tah mane dtg tah ayat gitu saye pun nggak tahu..hehe
mak ngan abah cikgu kot pasal tu bahasa semacam sikit..
miahahahahaha XD
membaca dan cube memahami..
ReplyDeletesangat dalam la ayat2 ney..
baca sekali tak bape nak paham..
hahahaah
mira kurang ngerti penulisan aieoreo kali ini [wah]
ReplyDeletecuba tuk mengerti..
cuba lagi n lagi..
ngehngeh
raserase nyer oreo ni sedap. eh? c(=
barabgkali terlalu outspoken kot.tuh yg terkeluar sume perkataan bila ad dark side tu..hihi
ReplyDeleteNichKhun : he :)
ReplyDeletebaca lagi lagi dan lagi sampaiii faham :P
hehe
cikSugar2 kapas strawberry : hehe :)
ReplyDeletebukan outspoken tapi mulut jahat..
ngeh3 XD
cikMira amira : haha :)
ReplyDeletesebenarnye nak cakap oreo jahat di dalam :P
eh?eeh?? XD
ahahahaha..anggp shj outspoken..lalalalalalala
ReplyDeletedark side selalu je menyebabkan aku jadi emo.. aku memahami mu. adeh mcm ayat gey je.hohoho
ReplyDeleteabrar : ngeh3..aku skrg lagi emo..
ReplyDeletetak bersebab plak tuh..
mintakk maaf la kalo muka aku monyok manjang..huhu
cikSugar2 kapas strawberry : haha :)
ReplyDeletelalalalala :P