Monday, April 26, 2010

Kau dan Aku

Salam.

Ini bukan entri lagu cinta ala-ala band seberang mahupun band tempatan yang ala-ala band seberang.Atau saja entri nak mengatakan aku dan kau itu satu sehati sejiwa atau sehati berdansa;yang sama-sama nampak terlebih mesra pun bercerai jua akhirnya;ah,jujurlah,aku penat menonton drama realiti yang direalitikan kononnya.
Entri ini sekadar mahu mengatakan idealism dan sudut kau (seorang insan khusus yang ditujukan kepadanya entri ini) dan aku berbeza walau kita hidup dalam dunia yang sama.Aku sanjung kau sebagai suntikan inspirasi tapi apa yang aku tidak suka adalah apa yang aku tidak suka kerana aku melihatnya dari beberapa sudut berbeza.

Kau boleh jadi lebih hebat,lebih besar atau panjang ,tinggi,lonjong,bulat-bulat tut dan tut tut kambing atau apa saja.Aku bukan benci atau benci-benci manja dan sewaktu dengannya sama engkau cuma aku ingin nyatakan aku rasa kau patut lihat semuanya dari beberapa kaca mata berbeza.Kalau aku mampu melihat seribu satu sudut cuma dengan kaca mata tebal bercorak mafia yang sudah bertahun usianya;dari sudut tegak 90 ke 180 dan bukan 270 darjah seperti mamalia biasa;kenapa engkau yang sempurna penglihatan tidak berani mencuba?
Kau jujur;aku mengerti itu.Aku hormati.Aku sanjung.Kerana kau antara seribu satu inspirasi diri ini ketika ini dan saat ini.

Barangkali;mungkin barangkali;walau kebarangkaliannya satu dalam sejuta.
Dunia kita sedikit berbeza.
 ----------------------------------------------------------------------------

Entri ini untuk seorang insan yang barangkali pernah hinggap sekali sekala di teratak usang aku ini.Atau mungkin teratak ini sekadar picisan sekadar dipandang sebelah mata;itupun mungkin sekilas imbas.Aku mahu kau tahu kau masih satu antara seribu sumber inspirasiku.
Buat JaaBrainstorm,cikAyie,cikLinn sugar2 kapas strawberry, cikNisah, cikSha, cikDini, cikAmira enchikUncle, broDexFunFabulousity, broHans, TTT dan beberapa insan murni yang juga sumber inspirasi buat otak beku dan jari jemari ini;kalian memang terbaik.Bukan kerana jumlah komen atau trafik yang kalian bawa;tapi hati yang terbuka untuk tidak mendiskriminasi daerah ini yang kadangkala;maaf;selalu agaknya mementingkan diri.

Juga buat kalian;terima kasih.

12 comments:

  1. huhuhu...oreo knp seakan bjauh hti shj??
    atau sy yg xpaham??hihi
    dlu msa sy mula2 aktif buat blog..oreo ngn cik aie la yg selalu jenguk teratak sy smpai la skang..
    korg mana mungkn sy lupakn even x terzahir melalui kata2 ;)

    ReplyDelete
  2. dan bru perasan nama sy paling pjg sekali..huhu
    ptt la cik aie x khatam lg sebut..ahahhaha

    ReplyDelete
  3. cikSugar2 kapas strawberry : eh..
    bukan cikSugar2 kapas strawberry la entri di atas tu..he
    ada seorang blogger yang vasss nih yang oreo kagum dgn dia tapi kdg2 ayat kerasss dia buat oreo kurang setuju..
    hehe

    dan ciksugar2 kapas strawberry juga cikAyie still and will always be my best blogger fren ;)
    sebab anda berdua sumber inspirasi oreo :)

    ReplyDelete
  4. taw xper cik linn. ceh, senang panggil cik linn je. seyes x khatam nk igt nama strawberry kapas gule tu. hehe

    terharu ar oreo. tenkiu2.. :D hee~

    blogger friends forever uols!! :)

    ReplyDelete
  5. sabow2..walaupun tak rape paham tapi sabow jolah :)

    ReplyDelete
  6. wahai cik aieoreo,

    uiks terlebih.. gracias yep. kat blog airsuam aieoreo plg terawal mengfollow mira sampai skrg mira ingt teratak aieoreo ni.. trma kasih daun keladi.sama2 daun keladi. hehe =)

    ReplyDelete
  7. cikAyie : yeah! :)
    love is a gift..
    but good friends are blessings :)

    ReplyDelete
  8. degegerl : tgh sabo la nh..
    oreo kan penyabo lagi penyayang orangnye :P

    ReplyDelete
  9. cikNawal : hehe :)
    lame kot tuka..

    btw..Nawal tu nama adik pmpuan oreo..hehe
    saje nak gitau :P

    ReplyDelete
  10. cikMira amira : hehe :)
    opsss terlebey sudah..
    hehe..

    kadang2 entri yang bagus mmg boleh tarik readers..
    tapi tuan rumah yang bagus akan tarik ramai kawan2 baru ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers