Friday, April 2, 2010

Tribute Buat Din


Salam.
Tersentak.
Terkejut.
Rasa lemah lutut.
Din Beramboi sudah tiada lagi.
Innalillah..
Aku bukan pengikut setia Din Beramboi.
Namun setiap kesempatan menonton persembahan atau mendengar celoteh beliau tak pernah aku lepaskan.
Versatile dalam slapstik.
Lawak selamba dan jujur yang membuatkan tak siapa mampu membenci allahyarham.
Senyuman yang tak pernah lekang dari bibir.
Setiap kali pasti berguling-guling aku ketawa.
Penangan lawak berbisa Din Beramboi.
Aduh~  
Dimanakan kucari ganti..

Pagi tadi di atas tilam.
Terfikir andai tiada Din Beramboi entah siapa lagi yang boleh mencuit hati kala tercongok di depan tv.
Bukan kerana tiada artis komedi lain.
Cuma kehilangan beliau bagai tiada galang ganti.
Din Beramboi@Mior Ahmad Fuad Mior Badri.
Kami doakan kesejahteraanmu di sisiNya.
Ya Allah.
Engkau rahmatilah rohnya.
Tempatkanlah dia dikalangan hamba-hambaMu yang engkau redhai.
Dan jadikahlah pemergiannya sebagai peringatan kepada kami.
Ameen~

Dalam kenangan~

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers