Salam.
Aku teringat sesi brainstorming aku,Jaa Brainstorm dan Ahmad Muslihuddin Nik@Seman suatu ketika dahulu yang taklah suatu ketika sangat pun sebab berlaku cuma lebih kurang 3 minggu lepas.Sedang menikmati nasi goreng kampung Khaleel yang nilainya lebih berbaloi-baloi dari nasi goreng sotong di situ; berhenti mengunyah seketika.Oh ya; perbualan ini kebanyakan adalah imiginasi penulis memandangkan aku dah lupa skrip asal ketika itu.Tapi isi pentingnya tidak berubah ya.Haha
Aku : Kenapa ya banyak sangat rancangan realiti tv sekarang nih?Tak bosan ke eh orang tengok?
JaaBrainstorm : Entah.Macam best sangat je.Sama aja aku tengok.
Ahmad Muslihuddin Nik@Seman : Senyap.
Tak beliau tak suruh kami senyap.Beliau memang selalu sepi waktu-waktu aku dan Jaa brainstorming begini.
Aku : Aku nak cadangkan la.
Jaa Brainstorm : Cadangkan apa?
Aku : Rancangan realiti yang betul-betul real.
Jaa Brainstorm : Oh.Macam menarik.Apa tu?
Aku : Rancangan Jalan-Jalan Cari Jodoh.
Gedebuk.Jaa Brainstorm dan Ahmad Muslihuddin Nik@Seman jatuh serentak sambil kaki naik ke atas.Ini memang aku tipu.
-------------------------------------------------------------
Tapi betul; aku bosan dengan rancangan realiti tv.Macam filem-filem dan drama-drama di tv juga.Bosan.Teringat juga waktu Nur Kasih pertama kali di tv3 dulu.Jujur aku kata; jalan ceritanya masih sama tapi kerana angle kamera dan mood cerita menjadikan drama Nur Kasih pada aku rasa lain daipada yang lain.Sebenarnya kalau dilihatkan drama standard kita semuanya nak kelihatan sempurna.Ada hero; selalunya baik-baik belaka; ada rupa; selalu ditunjal-tunjal awal-awal cerita.Kalau heroin; mahu yang cun-cun aja; baik hati; murni; selalu kena fitnah; selalu didengki walhal tak ada apa pun.Dan mesti ada syarikat besar-besar; banglo besar; kereta mahal.Kemudian diikuti oleh babak-babak jatuh cinta; pergaduhan; rampasan kuasa; gaduh sebab harta.Oh; dan make-up; nak tidur pun mekap tempek tebal.Seram kot..Kalah Pontianak Harum Sundal Malam.
Kalau ada 10 drama di tv; perhatikan lebih kurang 5 formatnya lebih kurang begitu.
Tapi yang bagus pengarah kita bila tele-drama atau drama satu episod.Ceritanya mesti menarik dan boleh bagus-bagus.Mungkin untuk memenuhi tuntutan kepuasan menonton selama sejam begitu sahaja.Tapi bayangkan kalau drama sebegitu dikembangkan menjadi beberapa episod.Menarik bukan?
Okey.Ini sekadar pendapat.Tapi bayangkan kalau kita menonton drama luar.Bukan sinetron sebab itu pun formatnya sentiasa sama; terutamanya watak waktu orang jahat ketawa atau watak orang baik terkejut.Alah yang efek kamera terkejut-kejut tu.Babak ini sekali tengok aja aku dah semput.Bayangkan satu episod mau dekat tujuh lapan kali.Boleh bikin naik tekanan darah tinggi.Kalau cerita 45 minit babak itu aja dah ambil setengah jam.Kita cuba rujuk drama Jepun; sekadar sebagai rujukan.
Pernah tengok Kekkon Dekinai Otoko?
Bandingkan watak cerita ini dengan watak drama kita.
Watak utama 40 tahun.Kalau watak utama drama kita?
Watak utamanya perangai menyakitkan hati.Watak utama kita?
Perkembangan wataknya sekadar berkisar pada kehidupan sekeliling.Perkembangan watak kita?
Plotnya mudah,tak perlu orang jahat,pak saudara jahat nak rampas harta pusaka,pencuri,rampasan kuasa dan sebagainya.Plot cerita kita?
Aduh.Bukan aku benci drama tempatan.Kalau yang bagus memang betul-betul bagus.Cuma pada aku terasa sikit bila keluar berita orang hiburan kata orang kita tak sokong industri tempatan.Kata tak sokonglah,tak ada semangat nak sokong industri kitalah.Bukan tak mahu sokong.Tapi kami cuma mahu kesegaran.Sesuatu yang lebih segar.Bukan cintan-cintun,bukan rampasan kuasa,bukan sihir sana hantu sini.
Bayangkan Kekkon Dekinai Otoko versi Melayu.Pelakon utama Aaron Aziz.Tidakpun Rosyam Noor.Tiba-tiba aku teringin nak tengok.Ahahahahahahahahahahahahaha.
Buat peminat drama Melayu; ini pendapat aku aja.Kalau tak betul harap maaf la ya.Barangkali aku yang obses dengan cerita luar.Lu pikir la sendiri.
Dan sekali lagi; deyyy ape aku meraban daaaaa.
larh.. baru 3 minggu je ke? rasa dah lama siot!! hahaha..
ReplyDeletemcm drama sinetron tu, mmg betul ape ko cakap.. aksi tekejut2 tu dah amik banyak masa.. perkembangan plot yang bosan tu masih kosong.. menyampah..
itu la pasal episod sinetron tu boleh jadi banyak..
ps:-
aku masih watak utama dalam rancangan jalan2 cari jodoh bukan? hohoho
rosyam nor hensem..hihihi
ReplyDeletetp btl la,filem melayu mmg kdg2 boring kot.ahaha.bek layan korea.hik3..nk tdo pon pkai bulu mata palsu.ape kejadahny.but i love nur kasih.hihihi...myb btl al sbb kamera angel lawa bak kata kwn sy jgk.hihi
kita sependapat!
ReplyDeletecelet skit ;)
filem melayu?hemmphh.slow tp aku suke citer2 afdlin laaaa :))
ReplyDeleteJaa : ahaha..haah kau masih lagi watak utama+pengacara bersama..
ReplyDeleteaku nak jadi suara latar je..hehe
meowwMania : celek2 :) hehe
ReplyDeletecikSugar2 kapas strawberry : hehe :)
ReplyDeletetapi still cerita tu boleh tahan best la jugak..kan?
sherah : haha :) betoi2..
ReplyDeleteAfdlin cerita dia mmg laen dari yang laen..
ada satu lagi cerita tapi org kata xbest..oreo rasa sgt bagus..
Kala Malam Bulan Mengambang..
he :)