Sunday, May 30, 2010

Politik~oh Politik

Salam.
Semalam hari pertama kelas driving@memandu.Haha.Dari pagi bawa ke petang.Sampai terlelap aku lepas Maghrib.Dari zero terus buat parking dengan 3 penjuru.Ekstremis sungguh pakcik cikgu itu.Barangkali dia nak aku cepat-cepat lulus dan dapat P supaya tak perlu tengok muka aku yang 10 paling kiut skool Fizik ini.Hehe
Awas!Entri sensitif.Sekadar pendapat dan tak bertujuan menghentam siapa-siapa pun.Kecuali yang terhentam itu nasib badan.Siapa makan nasi goreng sotong dialah yang terasa nasi goreng sotongnya.Haha

Pelik kan zaman sekarang.Benda kecil boleh jadi besar; benda besar jadi bapak besar.Perkara penting diperkecilkan; benda tak penting di penting-pentingkan.Benda politik dipolitik-politikkan; benda tak adakenamengenakejadah dengan politik pun dipolitikkan.Jangan marah kalau aku cakap aku bosan dengan politik; bosan dengan isu semasa; bosan dengan senario di negara sendiri; SENARIO ya,bukan negara; dan bukan pula kumpulan lawak sensasi tu.Eh,sensasi ke?Haha.

Mari kita tengok sikit-sikit la pendapatan aku dari orang sekeliling.Tengok kes budak yang kena tembak polis;takziah buat keluarga beliau; itu hari.Kebanyakan orang menyalahkan pihak polis.Kemudian dari pihak polis semua menunjal jari kepada kerajaan.Dan seperti yang kita boleh agak; macam drama Melayu juga; tiba-tiba jadi isu politik.Siapa yang mempolitikkan dan apa yang dipolitikkan; itu terpulanglah kepada pandangan masing-masing.Dan semua orang bikin teori dan kepercayaan sendiri.Secara ikhlas; tulus; luhurnya; hala mana yang ada kena mengena dengan politik dalam kes ni?
Dan sebelum polis yang menembak tu dipersoal; kenapa tak ditanya kenapa arwah memandu kereta malam-malam; tanpa lesen?
Aku tak mahu tuding kepada siapa-siapa; ini sekadar sebagai rujukan.Dan tak juga meletakkan pendirian aku di mana-mana pihak.Cuma hairan; pelik bin ajaib.

Politik dah jadi semacam religion di Malaysia ni. Orang Malaysia taaksub sangat dengan politik.Sikit-sikit politik.Sikit-sikit politik.Hal minyak jadi hal politik; hal gula jadi hal politik; isu pendidikan jadi isu politik; hal-hal agama dipolitikkan; hal-hal keluarga jadi politik; sebab politik orang nak kahwin pun boleh batal sebab bapa dua-dua pengantin lain-lain pegangan politik.Hei,apa kes?Dalam masjid waktu khutbah Jumaat pun tiba-tiba jadi ceramah politik; dan ini memang pernah terjadi kepada aku sendiri.Dan aku memang dah jadi cukup anti dengan politik.Tapi benci macam mana pun manusia dengan politik ada satu macam magnet yang buat keduanya tak boleh dipisahkan.Tapi kenapa perlu terlalu ekstrim?

Kalau tengok sidang parlimen atau dewan rakyat; yang banyak jadi gaduh-gaduh bukan tentang kepentingan rakyat; atau bagaimana nak kurangkan harga tol; barang atau minyak; tapi kerana hal politik; kerana hal pegangan politik berbeza.Dan sebab politik kita dah boleh pecahkan Malaysia kepada daerah-daerah politik.
~alahai Malaysiaku~
Paling aku menyampah bila kawan-kawan aku; yang selama ni gelak ketawa sekali; bergurau tak ingat dunia; boleh gaduh sebab politik; walhal mengundi pun belum pernah; dan aku akan duduk diam di tengah-tengah mereka-mereka yang tengah bertengkar ini; sambil hempas-hempas bantal atau kerusi.Kita dipolitikkan oleh politik sebenarnya.

Kesimpulannya; usah jadi hamba politik; jangan beragamakan politik; dan elakkan bertuhankan politik.Berpolitik; politiklah setakat mana yang boleh; tapi usah jadi abdi politik; makan politik; minum politik; tengok politik; lihat politik; tidur politik.Dan pada orang-orang di "atas",sebelum politik sila dahulukan kebajikan kami sebagai rakyat ya.Tanpa kami; orang yang membuang undi; siapalah anda.Anda sekadar wakil aja; ulangsuara; WAKIL; bukan kami yang ikut telunjuk anda.
~usah hancurkan ikatan sebegini kerana kepentingan anda~
Usah biarkan diri anda dihantui...politik.

12 comments:

  1. betul2!!!!
    x patut kite gado sesama kawan sebb politik jewk,kan?

    ReplyDelete
  2. aha..menifesto bkn main hebat.bila menang trus syp.inilah dkatakn memebela nasib rakyat,bg sy..if mana2 parti mng skalipon,sy rsa malaysia still sama je.bila menang bkn org sush yg dpt bantuan,but anak beranak dia yg dpt.buktiny?kt kg sy cmtu la senario ny.sy bkn anti politik but rsa cm dorg hny hebat berpidato.msa kt dewan,gadoh cm budak2..bila sy tgk..sy gelakkn dorg yg berpendidikan tinggi ni gadoh mcm sy time hingusan dlu.kelakar.inilah dorg,para pentadbir.sape yg xsetuju ngn sy..its ok..sy xkisah

    ReplyDelete
  3. baru nak marah encik oreo berpolitik tapi sedar diri dah 21 haha :p

    eh eh tadi denga berita lesen memandu nak naik harge sudah?

    ReplyDelete
  4. Jantan Keparat : haha..kan?kan?
    sampai kita yang naik stress..
    bosan betoi..haha

    ReplyDelete
  5. cikSugar2 kapas strawberry : hehe..
    oreo setuju sgt2..
    kdg2 pelik..kenapa sampai jadi begitu..
    dah nama pun wakil rakyat..
    perlulah jadi wakil rakyat..
    bukan wakil parti politik..
    haishh~

    ReplyDelete
  6. degegerl : xbaek marah2 kang naik darah tinggi kang dah xbley makan banyak2..hehe

    entah..agaknya..semua nak naik..
    tapi gaji xnaik2..
    haih

    ReplyDelete
  7. naik menyampah dgn drama2 politik nih hehh!

    ReplyDelete
  8. ┌─┐ ─┐
    │▒│ /▒/
    │▒│/▒/
    │▒ /▒/─┬─┐
    │▒│▒|▒│▒│
    ┌┴─┴─┐-┘─┘
    │▒┌──┘▒▒▒│
    └┐▒▒▒▒▒▒
    └┐▒▒▒▒┌
    Misi Keamanan Dari
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu… Wow entry yang menarik

    Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

    Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

    hah yup politik memang macam tu yang peliknya banyak yang perlu dan mustahak perlu segera dibincangkan nape lah pekara kecik jadi bebelan melalut tak tentu pasal

    ReplyDelete
  9. meowwmania : hahaha..
    penat kan tgk politik2 neh..

    ReplyDelete
  10. Afzainizam : ha..terima kasih sudi ziarah dan komen :)

    politik bikin semua jadi gila..
    yang berjanji hilang ingatan,yang lantang bercakap hilang menyorok entah kemana...

    yang sakit?
    kita jugak..haih

    ReplyDelete
  11. erm, tul tuh...mmg memalukan bila ahli2 politikus bergaduh n mencarut2 kat sidang parlimen/dewan rakyat....

    aie takmo wat party oreo ke??? sedap oo biskut oreo mentega kacang +++... i'll surely vote for oreo...heheheh

    ReplyDelete
  12. cik jari : haha..
    parti oreo?haaaaa...
    tunggu oreo ada fanclub..hehe :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers