Salam.
Saya ya tuan-tuan,puan-puan,makcik pakcik toknek anak cucu sekalian,adalah sangat tidak berpuas hati ya, dengan sesetengah individu tertentu ya, yang mana mereka berkata-kata tidak serupa bikin dan juga menyusahkan orang sekeliling dengan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu ya. Ketidakberapakepuasanhati saya ini bukanlah disebabkan saya baru pulang dari melawat blog Saya Yang Tidak Puas Hati atau kerana impak Malaysia gagal mejulang Piala Thomas.Tapi oleh kerana saya cukup geram dengan tindakan mereka ini yang sangat hipopotamus yang kritikal atau nama glamournya hipokrit.Saya juga waras dan sedar tiada orang yang dapat lari dari sikap ini namun ya,tuan puan pakcik makcik toknek anak cucu sekalian, sikap sesetengah orang yang badak air kritikal ini terlalu menyusahkan orang.Sikap ini boleh mejatuhkan proses perdamaian atau gencatan senjata mana-mana yang telah ditandatangani oleh dua pihak jika sikap sedemikian di amalkan di antara mana-mana daerah atau negara yang sedang bergaduh-gaduhan.
Tuan puan makcik pakcik toknek anak cucu sekalian,
Di dalam keadaan negara yang sedang dihimpit ekonomi ketika ini,para-para pengamal badak air kritikal ini telah berjaya menekan para kawan-kawan; rapat atau tidak; ke jurang kegeraman yang amat mendalam. Ini adalah tidak releven dengan apa yang telah mereka-mereka ini postkan di wall Fb mahupun yang dikatakan dari mulut mereka ini.Dengan lantang mereka mengatakan sesuatu yang tidak layak diutarakan dari mulut mereka dengan begitu lantang sehingga mengejutkan saya; ya saya sendiri; yang sedang santai menikati kopi dan mengunyah pisang goreng panas sambil memikirkan entri blog saya seterusnya untuk mencari tapak yang kukuh; sekukuh tapak yang kukuh; dalam dunia blog.
Saya bukan mencari gaduh tuan puan makcik pakcik anak cucu toknek sekalian.Saya terpanggil untuk menyatakan suara rakyat; eh; suara hati agar kita yang masih sedar diri perlu mengelak atau mengurangkan pengamalan sikap badak air kritikal ini.Kalaupun mahu terus mengamalkan sikap yang tidak terpuji ini, sekurang-kurangnya hendaklah kita tidak menyusahkan orang sekeliling akibat sikap tidak bertanggungjawab kita sendiri.Apakah kita mahu kedamaian yang kita gendang gendut tali kecapi selama ini terburai begitu saja hingga ianya tidak gendut lagi?
Kesimpulannya insaflah badak-badak air; err; sekalian.Marilah kita sama-sama jangan menyusahkan orang lain kerana sikap tidak bertanggungjawab.Kalau mahu menyusahkan orang lain,susahkanlah mereka dengan sikap bertanggungjawab.Dunia ini bukan kita yang punya.Saya akhiri ucapan saya yang tidak berapa nak puas hati ini dengan serangkap pantun tak bertauliah.
Anak itik lumba kuda ,
Dei apa aku mengarut daa.
Sekian; terima kasih.

wah
ReplyDeletemarah betul ko nih aie
sabar2
hahaha .
ReplyDeletesabar bro sbar .
meh nk tolg tuam ati
da bngkak kot ?
hak3
Scya Lollita : hehe..bukan takat bengkak dah nih..
ReplyDeletedah meletup2 dah..
seb baik dalam ati ada taman bunga..
miahaha
hans : hohoho..xmarah pun..
ReplyDeletetidak puas hati saja..ngeh3 XD
dah lama ak x singgah sini, dan lihat, sudah ada topik panass... haha
ReplyDeleteuncle datang dengan maigrain ..baca entry ko rasa cam nak nak hantuk kepala kat bucu meja hahahah
ReplyDeleteahahaaaaa~ dasat arrrr..
ReplyDeletemmg pusing2 mate bce neh heheheeee
:))
lebih kurang la tu
ReplyDeletehahaha
eh sabar aieoreo..cool beb
ReplyDeletemira bace pon otak ni dah pusing memusing..hehe
nah2 minum airsuam perisa blackcurrent bg sjuk skit
cikAyie : panasss..mmg panassss..hahaha XD
ReplyDeletecikCEPET : haha..pusing2?mcm meri go round tu ke? XD
ReplyDeleteuncle : hahahahaha..hantuk jgn xhantuk uncle :P
ReplyDeletecikMira amira :hahaha..maaf la ye..oreo panas ati..hehe
ReplyDeletesejuk sikit minum air suam perisa blackcurrent..he ;)
hans :hehe..same rupenye XD
ReplyDelete