Salam.
Ini bukan entri cintan-cintun; megi kari meletup mahupun bihun Pama.Beberapa hari lepas aku sekeluarga dikejutkan oleh berita di mana nenek saudara; adik kepada arwah nenek aku; meninggal dunia.Baru aja lebih kurang dua bulan lepas bersua; sihat walafiat; tahu-tahu saja sudah pergi menghadap Ilahi.Al-Fatihah buat arwah Tuk Tam.Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.
Dan esok; insyaAllah; aku akan ke Kajang seketika.Sepupu berkahwin.Yang ini pun rasanya macam baru kelmarin berjumpa waktu kecik-kecik.Tahu-tahu aja sudah nak bersuami.Masa terlalu cepat berlalu; masa sentiasa meninggalkan kita.Kalau rajin akan aku upkan nanti foto; itupun kalau rajin snap foto.
Cakap mengenai masa; rasanya semalam tu baru seminit tadi.Minggu lepas rasa macam semalam; tahun lepas rasa macam sebulan lepas. Masa; bila kita inginkan ia lambat,berlalu sangat cepat; dan sebaliknya. Kadang-kadang aku fikir; kalaulah dapat balik ke zaman silam; mungkin zaman matrikulasi; mungkin zaman sekolah menengah; atau sekolah rendah; alangkah seronoknya. Bukan menyesal; tapi membayangkan semula masa yang lepas tu rasa terlalu rindu.Sangat rindu.Rindukan kawan-kawan; main polis sentri; aci kejar.Kadang-kala teng-teng dan lompat getah.Rindukan zaman berpassing-passing nota dengan awek kelas sebelah yang diminati; dan selalu kawan baik yang jadi posmen.Rindukan zaman-zaman beruniform sekolah; hari Jumaat berblazer hitam.Rindukan gelak ketawa dan panas terik waktu latihan kawad kaki.Rindukan waktu jadi maskot rumah sukan bersama amoi impian.Ah.Hahaha
Rindukan waktu ketika yang telah tiada masih ada; dan yang ada sentiasa ada.
Betul; manusia cuma sedar dan menghargai sesuatu yang dimiliki bila ia hilang.
Lebih pedih; sesuatu yang tak mungkin berganti; hilang selamanya.
Lebih pedih; sesuatu yang tak mungkin berganti; hilang selamanya.
Uh.Rindu bertandang lagi..
al-fatihah..
ReplyDeletesalam takziah...mati itu pasti..bila-bila masa sahaja kita akan pergi tanpa berlengah wlau sesaat
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDeleteal-fatihah
ReplyDelete