Duduk-duduk di sebelah batu di depan HEP sambil cuba menikmati pemandangan sayup jambatan Pulau Pinang.Renung seketika "menara berkembar" yang menutup separuh saujana pandangan."Kenapa yang badigol sangat buat bangunan bongok ini kat sini?" bisik hati.Kau pandang aku lalu ketawa mengekek.Mata kau berair-air ketawa.Aku menjuih bibir.Tak mungkin kau psikik.Mungkin kau baca minda aku melalui ekspresi muka aku yang sentiasa jujur ini.Kononnya.
"Kalau kau sumpah diam-diam sampai tahun depan pun bangunan tu di situ juga," katamu.
"Kalau aku sumpah kuat-kuat silap haribulan aku kena saman malu,saman gantirugi,saman penderaan mental dengan macam-macam jenis saman lagi."
"Heh.Mengarut aja.Nak ke Pantai Jerjak?"
"Tak mahu."
"Gurney?"
"Jauh."
"Ada-ada aja engkau.Yang memandu bukan kau tapi aku.Kalau tak mahu kita lepak di sini aja."
Aku sekadar angguk-angguk.Kau geleng-geleng kepala.Gandingan yang hebat.Barangkali kita boleh duet nyanyi lagu Ahli Fiqir.
Sunyi.
Cuma bunyi angin menderu berbisik-bisik di telinga.Aku cintakan angin ini.Dia bawa seribu macam damai kepadaku.
Sekali-sekala kereta dan motorsikal lalu diselangi bas komuter.
"Apa rancangan kau lepas ni?" katamu memecah sunyi nyanyian bayu.
"Makan malam.Takpun ke pasar malam."
"Kau main-main ya?Aku pelangkung laju-laju mahu?" katamu tersengih-sengih.Aku dapat lihat keningmu bergetar dalam kegeraman.Reaksimu lain dari yang lain.Aku jadi geli hati.Kalau tidak kerana gaung di sebelah tempat kita duduk-duduk ini mahu aja aku guling-guling ketawa di sini.Takut juga namaku keluar jadi paparan berita esok hari.
"Jangan marah.Aku gurau aja," ujarku dalam sengih sampai ke pipi.Kau mendengus.Macam kuda.Haha.
"Serius.Apa kau nak buat lepas ni?" ulangmu.
"Lama lagi baru akhir.Kenapa yang kau tanya soalan gini?"
"Aku cuma mahu tahu."
"Kenapa?" soalku.Aku benar ingin tahu.Tapi kau cuma tunduk.
"Kenapa?" soalku lagi.Masih tiada jawapan.
Bosan.
Lalu aku pun turut senyap.Bermesra dengan bayu petang lebih menarik dari bertanya soalan tak berjawaban.
"Sebab aku mahu turut engkau."
Tersentak.Gosok-gosok telinga.Korek-korek dalam mana termampu.Betulkah apa yang aku dengar?
"Kau..kau mahu jadi setiausaha aku?"
Satu tumbukan kuat hinggap di bahu.Aduh.Tidak berapa sakit tapi pedih.Barangkali tangan kecil itu ada bisa di bilah jarinya.
"Ah.Maaf.Maaf.Aku gurau lagi."
"Bodoh."
"Maaf."
"Dungu."
"Ampun."
"Biol."
"Engkau.Hehe."
Dan kerana mulut badan binasa.Petang itu aja dua tumbukan padu hinggap di bahu.Aduh.
"Ampun tuan puteri.Hamba mohon jangan didera hamba lagi.Kalau didera lagi,kemanakan arah hamba ingin mengadu.Talian tele-dera belum ada lagi untuk lelaki pemalu macam hamba," gurauku.
Dan tahniah kepada aku kerana memenangi tiket pergi balik dan pergi sekali lagi.Rasa bagai nak luruh bahu aku dibuatnya.
"Bodoh."
"Maaf."
"Kau tak suka aku?" soalnya.Matanya bercahaya dalam hening pentang.Rambutnya mengerbang menari mengikut rentak sang bayu.Semakin hebat efeknya bila ia dihiasi bayu sayup-sayup,pepohonan kelapa,cahaya matahari yang kuning kemerahan serta bunyi enjin motorsikal dari kejauhan.Bagai cross-over filem Melayu,Jepun dan Tamil sikit-sikit.
"Uh.."
Bersambung...(kot)

ape kejadah anda ?
ReplyDeletehaha ;)
ini dialog antara kak ila ngn oreo kah?
ReplyDeletehihi
cikSugar2 kapas strawberry : hehehehehe..xdelah :)
ReplyDeletefiksyen semata2 ;)
maheyra : demam kure2 dalam perahu..hehe :P
ReplyDeleteweii..gmbr 2 ko edit ke?
ReplyDeleteke dah gne camera mahal..heheh..
nnti kalo ko sng2..ko tunjuk la cara ko edit gmbr 2..huhu...
YaNa : eh..aku potocop tu.hehe
ReplyDeletegne nokia 5300 je :)
hahaha..wah2...bercanda di petang hari smbil menikmati pemandangan jambatan penang....nikmatilah puas2 sebelom melangkah pergi meninggalkan pemandangan2 itu...hehe
ReplyDeletehehee imagination? aie, you should write a novel! heee :D
ReplyDeleteFiesyaaChacha : eheh..trying my best :)
ReplyDeletengeeeeeee ;)
cikJari : hahahahahahahahaha..
ReplyDeletepemandangan tu sentiasa di situ..he
sengal..penat aku hayati cite ko..aleh2..bersmbg kot..huhu.. :P
ReplyDeleteCute : hahahahahahahahahaahahaha..
ReplyDeletedah bersambung pun..he