Thursday, June 17, 2010

Macham-Macham Oreo

Salam.
Aku rasa sedikit gila.Barangkali pening akibat sakit buntut duduk dekat 7 jam dalam kereta lantas mereng sekejap bila singgah mendengar pertandingan karaoke anjuran Pasaraya Borong Sakan di Kuala Kangsar seketika tadi.Banyak yang nak aku cerita tapi tak tahu nak cerita macam mana.Banyak yang nak dibebelkan tapi tak tahu nak dibebelkan macam mana.Haish.Parah.

Yang boleh aku ringkaskan perjalanan ke Kelantan sikit-sikit.Hari Isnin pagi bergerak dari rumah lebih kurang 10 pagi.Sampai di Jeli 2 petang.Ke Bachok menginap di chalet dekat-dekat Pantai Irama menikmati udara Laut China Selatan.Peh.Romantik tak hengat cuma yang tak romantiknya tak dapat mandi sebab family tak plan mandi laut.Bayangkan berkejar-kejaran sambil menyepak-nyepak ombak lalu menyanyikan lagi Cinta Bandar Tasik Selatan sambil buat-buat jatuh berguling-guling di gigi air.Meleleh wa cakap lu.Tapi tak cukup meleleh kecuali kalau pergi berdua laki-bini.Hihi.
Semalam bergerak ke Kota Bharu dan menginap di CT Green Hotel berdepan bangunan LHDN KB.Alhamdulillah tak ada masalah lansung sepanjang perjalanan.Senang rupanya jalan di Kelantan.Jalan-jalan di Pasar Siti Khadijah dan Pasar Buah.Malam ke Wakaf Che Yeh.Rambang mata,kelabu mata,mata-mata gelap semua ada.Putih mata pun ada sebab belanjawannya lari.Aduh.
Kemudian pagi tadi ke Rantau Panjang sebelum bergerak balik ke Perak.Nah.Pack gila 3 hari nak pusing semua destinasi.Hahaha
Apa-apapun Kelantan memang menarik untuk orang yang belum pernah sampai macam aku.Kalau ada rezeki boleh sampai lagi.Insyaallah.Oh,kalau tersilap nama tempat dan sebagainya di atas tu harap maaf la ye; saya budak baru nak kenal Kelantan sebenarnye.Huhu.
Aku baru perasan sesuatu yang aku baru perasan.Benda yang aku nampak,dengar dan buat akan berulang-ulang dalam satu tempoh masa di dalam kepala otak aku secara automatik.Kenapa ya?

Ps- Selamat hari lahir untuk seseorang..banyak yang aku nak nyatakan tapi kadangkala ada perkara lebih baik dipendam dari disuarakan :)

2 comments:

  1. g jenjalan x ajak uwaaa~~

    p/s: slmt hari lahir utk siape tuu ehem ehemm...

    ReplyDelete
  2. meoww : hihihi..kang ajak kang family awak kejar oreo dgn parang.hihi

    ps- ehem3 :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers