Monday, August 16, 2010

Ramadhan,Baju adik,Seksi dan Antena

Salam.
Dah seminggu awek berantena tu hilang antena.Hantar servis agaknya.Seminggu jugak aku dapat salin nota CA&DE tanpa gangguan frekuensi dari antena beliau.Semoga beliau tak menggunakan antena itu lagi kerana mengakibatkan gangguan siaran dan tumpuan.

Berita Kampus yang dijaja mamat-mamat dan minah-minah kewartawanan hari ni sentuh tentang etika pemakaian di kampus.Aku pun nak sentuh jugak.Bulan-bulan Ramadhan,hari baik,bulan baik tak pasal-pasal kurang pahala puasa.Bukan sebab pergi bergosip sana sini mahupun umpat mengumpat secara berjemaah,tapi sebab ada segelintir akak-akak,amoi-amoi sekitar kampus ni pakai bagai tak cukup duit nak beli kain.Tengok depan nampak gebu,tengok kiri nampak lurah,tengok kanan tak payah nak cerita.Nak tunduk takut tak nampak jalan depan,silap-silap hari bulan orang tuduh bela toyol takpun hantu raya.Yelah kan.Mentaliti orang kita.
Yang sejuk sikit nampak akak-akak bertudung.Walau tak litup tapi sekurangnya bertudung elok.Tapi ada pulak yang pakai tak berlengan.Yang paling tak tahan tengok orang macam tengok sarung nangka.Tapi sarung nangka bertudunglah pulak.Ada pulak yang pakai tudung,tapi nampak dada.Haish.Macam-macam.

Aku bukan nak menghentam apatah lagi menghina.Cuma nak nasihat sikit-sikit mana yang aku rasa kurang kena.Sapa tau mungkin akak tu silap pakai baju adik,atau baju dijemuran jatuh longkang akibat hujan semalam.Masing-masing ada sebab.Kot.Tapi kasihanlah kat kami,adik adik yang tergugat iman di bulan-bulan Ramadhan begini.Iman kami senipis kulit bawang aja,lagi nipis barangkali.Kami bukan wali-wali.Apatah lagi nabi-nabi.Cuba kami pakai seksi-seksi pulak.Lurah sana bonjol sini.Akak-akak ada berani? XD
 ~seksi you.seksa i.rasa macam nak muntah darah je aku tengok.kredit AmzingNara~
Yang lelaki pun ada masalah jugak.Yang kehulu kehilir petang-petang tunjuk bulu kaki.Bulu kaki tak apa lagi,sampai bulu paha pun nak buat tayangan amal.Apekejadahnya.Hei,pakcik pun ada bulu la.Bulu kaki la.Tak baik kuning-kuning bulan Ramadhan ni.Hihi.

Kesimpulannya,kalau tak mahu jaga kehormatan orang lain,jagalah kehormatan diri sendiri.Vice versa.Kita hidup lama pun,nanti mati jumpa Dia juga.Kubur lain-lain pun,orang lain pun boleh tambah berat timbangan kita masuk neraka.Aku bukan mahu tipu,bukan mahu kelentong.Cuma nak tolong =)
~thank you the beri2 pak pak arab dan masjid Usm.hehe~
Oh.Hari ni berbuka nasi pak arab lagi.Lama-lama jadi lidah arab aku cenggini.Perut pun macam pak arab dah ni.

Hihi~

7 comments:

  1. skang tak jumpa minah² camtu lagik.
    sebab tak turun KL!
    dak² kampus sume baik.
    pakai baju kurung.
    jom masuk kampus elmo!
    ramai gigirl.
    ahaks!

    ReplyDelete
  2. elmo : hehe :P
    nak ikut nak ikut.ngehehehe

    ReplyDelete
  3. aku rasa, pemakaian hari2 dalam kampus masih ok.. kecuali seorang dua lah.. tak tahu plak kalau dak2 dah berubah.. hahah..

    *rindu berbuka di mesjid usm..

    ReplyDelete
  4. Jaa : ahahahaha.entahla.tapi penah jugak aku nampak yang pakai tudung tapi nampak dada.siap pakej nampak tali lagi.tali apa?

    pikir la sendiri.he

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang... diorang kata Fesyen.... hm...

    ReplyDelete
  6. wei..
    hari-hari bukak puasa kat masjid eh..
    bagus2..
    hehe..sedap ye nasi arab tue..
    nak2..hehe

    ReplyDelete
  7. tali apa? takkan tali pusat kot.. hahaha.. huh.. hot sekali pakaiannya di bulan puasa ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers