Sunday, January 23, 2011

Bukan emosi..gua cuma rasa nak penampor orang~

Salam.

Gua tengah bengang.
Bengkek dan rase nak edarkan penampor free of caj kat orang.
Ayat pun dah tukar jadi gua lu gua lu.
Kalo tak selalu ayat berhemah serta lemah lembut lagi penuh kaseh sayang je.


Bayangkan kalo lu ade sorang member pinjam nota, yang lu orang nak pakai sebab nak buat soalan tutorial.
Then kerana kasihankan member, gua kasi la pinjam.
Dengan harapan beliau pulangkan nota tu keesokan harinye supaye gua bole buat tutorial tu dengan jayanye.


Esoknye bile sahabat tu pulang nota.
Beliau tanya gua "eh,dah siap ke tutorial?'"
Gua jawab la dengan berhemah "belum lagi.."


Lu orang tau pe dia pintas ayat gua?
"Ni cemane nak grad camnih ha tak buat tuto?" dengan muka tak puas hati.
Muka mintak sandwich selipar jamban disuap kat mulut.


Gua taula lu bijak pandai cerdik cerdas geliga all-rounder ex-mrsm unit uniform pointer tinggi bagai.
Tak payah la bagi remark bikin orang slow cam gua rasa nak penampo orang.
Lu tanak jaga hati member lu payah cakap pape.
Senyap-senyap sudah.
Tak pasal-pasal gua sakit hati 3 hari.
Sekarang lu boleh salin nota kat kuliah sendiri.
Sekian.


Gua jarang bengang kat orang.
Dan gua tak suka buat orang bengang.
So kalo hobi suka buat orang bengang.
Sila jangan tunjuk muka depan gua.


qaf$756&75(986jdhruytewruhfydfywiekhhhhptuih~
tak paham pun takpe.


Gua cakap jerman.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers