Wednesday, May 25, 2011

Pening ohh Penang~

Salam.

Aku dah ada kat Penang, selepas satu neraka perjalanan (one hell of a journey, betul kan? :P) 
Naik bas Sri Maju dari stesen bas Seri Manjung (kedai nasi ayam belakang stesen bas tu best wo!) jam 2.00.

Naik aja..wow! 
Seat sebelah amoi. Tapi dek kerana aku nih kebarangkalian nak tegur perempuan yang tak dikenali adalah 87% kaliganda lebih rendah dari lelaki disebabkan sifat segan aku duduk aja terus pasang earphone melayan pakcik Bruno Mars,abang Imran Ajmain dan sebagainya.
Dalam 20 minit kendian,penyakit lama aku menyerang.
Penyakit kalo naik bas gerenti lentok.Sebelum terlena aku berdoa semoga aku tak terlentok atas bahu amoi tu. 

Sebab makanan paling tak sedap adalah penampar free.


Sekali-sekala aku terjaga.
Aku perasan amoi tu pulak terlentok-lentok.
Nyaris-nyaris makan penampar free pulak amoi tu (konon..heh heh heh :P).

Dekat nak tiba di stesen bas/jeti feri Butterworth,lebih kurang 10 minit,amoi tu terjaga.
Kemudian beliau termenung sambil mengelus-ngelus rambut.
Dalam hati aku,"mamai ke amoi nih?"
dan jugak,"nak suruh tolong betulkan rambut ke sweetie?"
Tapi dalam hati je ye. Ulang suara DALAM HATI aje.
Biasalah,lelaki pemalu. Heh heh heh


Dari bas ke atas feri pulak.
Sebelah aku bantai pulak satu kapel nih tengah bermesra macam kongkang bergayut dahan.
Nasib baik bukan Melayu,kalau takkkkkk....


Dah turun feri, me"Rapid Penang"kan diri pulak ke USM.
Kat komtar naik pula "foreigner" dari seberang. 
Muda je lagi aku rasa,pegi menyemak kat bangku khusus OKU,ibu mengandung dan warga emas.
Kesian sorang pak aji nih berdiri dekat setengah jam.
Anti betul la aku orang bangang tak reti adat budaya ketimuran cenggini.
Budaya kita Wajah kita tau!

Nak kata kelainan upaya takde pulak tanda-tanda "foreigner" tu kelainan upaya.
Dek kerana nak berfikiran positif, aku "assume" mungkin dia cacat kot.
Cacat otak.


Dan akhirnya sampai ke destinasi.
Nah,travelog aku dari stesen bas Manjung ke Bukit Gambier.
Pic aja tak ada.
Baru bercadang nak beli kamera.


KLIK!

3 comments:

  1. haih. bila aku nak buat macam ni lagi?

    ReplyDelete
  2. hahaha.tak buat lagi ke? hahaha

    ReplyDelete
  3. malang sekali, sekarang susah pulak aku nak buat macam ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers