Friday, May 6, 2011

Thor

Salam.

Thor.Apekah jadah seekor Thor itu?
Mengikut Mitos Norse, Thor merupakan anak kepada Odin.
Sapa Odin tu,bolehla Wiki atau Google sendiri.
"papa nak kawen lagi satu" kata Odin kepada anak beliau Thor dan Loki sambil tersipu-sipu malu kemiangan.keh3
Thor (Chris Hemsworth)merupakan seorang dewa petir ( pelik orang puteh nih,dewa pun 'seorang') yang menggunakan seketul tukul bernama Mjolnir.
Mjolnir yang biasa digunakan untuk mengetuk paku dalam kelas kemahiran hidup - kerja kayu :P
Mjolnir yang boleh disangkut pada tangan untuk dibawa kemana saja.sungguh mudah! >.<


Dalam filem beliau sepatutnya menjadi raja empayar Asgard tapi atas sebab darah muda,
kojo nak bergaduh memporak peranda kan kedamaian dan keamanan si Thor bengap (tapi macho) nih dibuang ke bumi oleh bapak beliau.
Lebih kurang macam beliau telah menconteng arang ke muka bapak beliau yang merupakan seorang Anthony Hopkins tu la,serta ditarik pangkat dan statusnya menjadi manusia biasa.


Ganas lagi kiut - memang killer!
kiut dan bijak - nerd lagi hot!
Sampai di bumi, si Thor ni pun bertemu heroin yang merupakan seorang Natalie Portman, seorang physicist yang sangat,well, kiut-miut-hot-cun-comel-sweet lagi berbudi bahasa serta berciri-ciri awek idaman si Thor.

Kemudian....



Sila tengok sendiri di panggung berdekatan anda.
Berbaloi la RM18 (tolak RM5 sebab pakai student card.heh heh heh) untuk versi 3D.

Best sangat pun tidak, lansung tak best pun tidak.
Aku bagi...jula juli bintang tujuh la buat filem ni.Keh3
Si Thor yang bengap tapi macho lagi cool - musuh lelaki seantero dunia.hahaha.ouch
Cuma jangan taksub sangat dengan Mitos Norse nih.Boleh merosakkan akidah.
Tengok boleh, sekadar untuk hiburan ^_^


Ah.Tunggu Transformers pulak.Dengan Kongsi ^^

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers