Salam.
Kadang-kadang kita rasakan apa yang dilakukan tak salah.
Selalunya bila kita buat begitu masih ada yang tak merasa senang.
Kadang-kadang kita mengeluh kelaparan.
Selalunya kita terlupa ada yang menderita kebuluran.
Kadang-kadang kita rasa kekurangan kasih sayang.
Selalunya kita lupa kasih sayang itu perlu diberi untuk menerima.
Kadang-kadang kita rasa sedih.
Selalunya kita enggan mencari hikmah dari kesedihan.
Kadang-kadang kita rasa tertekan.
Selalunya tanpa tekanan kita tak akan maju kehadapan.
Kadang-kadang kita menangis kerana keadaan.
Selalunya kita lupa ada insan yang lebih teruk namun tabah menghadapi kepayahan.
Kadang-kadang kita memperingatkan.
Selalunya kita terlupa,kita juga perlu diperingatkan.
Apalah yang manis pada kehidupan andai setiap detik kita mengeluh tentang kepayahan.
Sahut kepayahan dengan jiwa terbuka.
Bersyukur dengan apa yang dipunya.
Rempuh halangan tanpa ragu dan sangsi.
Dan ambil sedikit masa menghirup cinta Ilahi.
Renung-renungkan.
Dan selamat beramal =)
------------------------------------------------------------------------------
Malam ini malam Isnin.
Dan seperti malam-malam Isnin yang lainnya.
Tidaaaaakkkkkkk XD
Beringat~
Ps:Kadang-kadang kita rasakan diri kita malas secara tiba-tiba.
Selalunya kita sememangnya malas XD
dan sebenarnya dni sedang malas nak ulangkaji pelajaran. hehehe... berhingus2 ni malas nak study. :'(
ReplyDeletecik dini : xsehat eh?
ReplyDeleteoreo pun tgh malas gila..he
manusia di cipta untuk diuji ...
ReplyDeletekeh3x ~ so, xder sesapa terlepas
dr masaalah n musibah.
x nak masalah dunia ... mati!
tu pun, kalau tlepas dr masalah
di alam barzakh kelak. keh3x
((masalah tuk dihadapi, bukan dinikmati ...))
>>___<<
per wa merepex ni, ok ciaooo
a ahhh ta sehat.. nak amik mc la hari ni :'(
ReplyDeleteFrodo : hehe :) betul masalah utk dihadapi..
ReplyDeletetapi perlu dihadapi dgn kesabaran dan hikmah..
bukan dgn sikap yang negatif..
sebab setiap halangan yang kita hadapi akan membuatkan kita lebih kuat :)
timekaseh sbb memberi pendapat..
its the thought that matters :)
aku xpelik kalau kadang2 kite malas tibe2,sbb ianye bukan suatu yg luar biase.
ReplyDeleteaku lebey pelik kalau aku rajen tibe2,sbb slalunye aku malas dan ianye xpernah kdg2.hu3
cik aleen : betoi3 XD
ReplyDeleteitulah yang cube oreo nyatakan..hehe :P
cik dini : byk2kan rehat ye :)
ReplyDeletecepat2 sembuh ;)
haha ayat last x tahan.. yg ps tu.
ReplyDeletetapi mmg benar semua yg atas tu..
thanks utk peringatan tu...
my fren always said that..klu ayat yg ad kdg2 or "kalau"...amatla bhya..
ReplyDeletebuat kita terawang awangan..hahahaha
tp berangan itu sgtla best ;)
malas bila disuruh
ReplyDeleterajin bila hati sendiri ingin lakukan nyer..
ngee~
[airsuam]
cikAyie : same2 :) he
ReplyDeletecikMira amira : hehe :) kadang2 tu nak buat..
ReplyDeletetapi malas.. ngeeee~ :P
cikSugar2 kapas strawberry : kadang2 oreo berangan jadi power rangers..xpun kamen rider.. :P
ReplyDeletepaling best jadi kapten kapal korek..
hwa3 XD
sama2 kita beringat
ReplyDeleteharus bersyukur setiap masa
hehe
Kapten : aye aye kapten :)
ReplyDeletehehe XD