Sunday, March 21, 2010

Kadang-kadang dan Selalunya

Salam.


Kadang-kadang kita rasakan apa yang dilakukan tak salah.
Selalunya bila kita buat begitu masih ada yang tak merasa senang.
Kadang-kadang kita mengeluh kelaparan.
Selalunya kita terlupa ada yang menderita kebuluran.
Kadang-kadang kita rasa kekurangan kasih sayang.
Selalunya kita lupa kasih sayang itu perlu diberi untuk menerima.

Kadang-kadang kita rasa sedih.
Selalunya kita enggan mencari hikmah dari kesedihan.
Kadang-kadang kita rasa tertekan.
Selalunya tanpa tekanan kita tak akan maju kehadapan.
Kadang-kadang kita menangis kerana keadaan.
Selalunya kita lupa ada insan yang lebih teruk namun tabah menghadapi kepayahan.
Kadang-kadang kita memperingatkan.
Selalunya kita terlupa,kita juga perlu diperingatkan.

Apalah yang manis pada kehidupan andai setiap detik kita mengeluh tentang kepayahan.
Sahut kepayahan dengan jiwa terbuka.
Bersyukur dengan apa yang dipunya.
Rempuh halangan tanpa ragu dan sangsi.
Dan ambil sedikit masa menghirup cinta Ilahi.
Renung-renungkan.
Dan selamat beramal =)
------------------------------------------------------------------------------
Malam ini malam Isnin.
Dan seperti malam-malam Isnin yang lainnya.
Tidaaaaakkkkkkk XD
Beringat~

Ps:Kadang-kadang kita rasakan diri kita malas secara tiba-tiba.
Selalunya kita sememangnya malas XD

16 comments:

  1. dan sebenarnya dni sedang malas nak ulangkaji pelajaran. hehehe... berhingus2 ni malas nak study. :'(

    ReplyDelete
  2. cik dini : xsehat eh?
    oreo pun tgh malas gila..he

    ReplyDelete
  3. manusia di cipta untuk diuji ...
    keh3x ~ so, xder sesapa terlepas
    dr masaalah n musibah.

    x nak masalah dunia ... mati!
    tu pun, kalau tlepas dr masalah
    di alam barzakh kelak. keh3x


    ((masalah tuk dihadapi, bukan dinikmati ...))


    >>___<<


    per wa merepex ni, ok ciaooo

    ReplyDelete
  4. a ahhh ta sehat.. nak amik mc la hari ni :'(

    ReplyDelete
  5. Frodo : hehe :) betul masalah utk dihadapi..
    tapi perlu dihadapi dgn kesabaran dan hikmah..
    bukan dgn sikap yang negatif..
    sebab setiap halangan yang kita hadapi akan membuatkan kita lebih kuat :)
    timekaseh sbb memberi pendapat..
    its the thought that matters :)

    ReplyDelete
  6. aku xpelik kalau kadang2 kite malas tibe2,sbb ianye bukan suatu yg luar biase.
    aku lebey pelik kalau aku rajen tibe2,sbb slalunye aku malas dan ianye xpernah kdg2.hu3

    ReplyDelete
  7. cik aleen : betoi3 XD
    itulah yang cube oreo nyatakan..hehe :P

    ReplyDelete
  8. cik dini : byk2kan rehat ye :)
    cepat2 sembuh ;)

    ReplyDelete
  9. haha ayat last x tahan.. yg ps tu.

    tapi mmg benar semua yg atas tu..
    thanks utk peringatan tu...

    ReplyDelete
  10. my fren always said that..klu ayat yg ad kdg2 or "kalau"...amatla bhya..
    buat kita terawang awangan..hahahaha

    tp berangan itu sgtla best ;)

    ReplyDelete
  11. malas bila disuruh
    rajin bila hati sendiri ingin lakukan nyer..

    ngee~

    [airsuam]

    ReplyDelete
  12. cikMira amira : hehe :) kadang2 tu nak buat..
    tapi malas.. ngeeee~ :P

    ReplyDelete
  13. cikSugar2 kapas strawberry : kadang2 oreo berangan jadi power rangers..xpun kamen rider.. :P
    paling best jadi kapten kapal korek..
    hwa3 XD

    ReplyDelete
  14. sama2 kita beringat
    harus bersyukur setiap masa
    hehe

    ReplyDelete
  15. Kapten : aye aye kapten :)
    hehe XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers