Tuesday, March 16, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran Abah!

Salam.
Jujur aku katakan.
Aku bukan seorang anak yang baik.
Pijak semut tak mati dan sebagainya.
Aku pendiam dan jarang bercakap dengan bonda dan ayahanda kerana sifat pendiam terlebih itu.
Gitupun aku terlalu sayangkan keduanya.
Lalu hari ini.
Aku memberanikan diri memperlihatkan sayang seorang anak itu.

Taip~taip
"Selamat hari jadi abah.
Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Along sayangkan abah dan mak sangat-sangat."
Nah.
Ayat yang susah benar terluah dengan kata-kata.
Seketika kemudian.
"Tq.Abah dan mak pun syg semua anak-anak..."
Ringkas.
Padat.
Lalu saat ini aku rasa mahu menangis.
Sekalipun dalam hati.
Amat ingin.
Andai Tuhan berikan airmata itu senjata seorang lelaki.

Ya Allah.
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku.
Perkuatkanlah iman mereka.
Berkatilah mereka dengan usia yang panjang.
Rezeki dan nikmat yang melimpah ruah dari sumber yang halal.
Lapangkanlah hati mereka.
Tenangkanlah jiwa mereka.
Jauhkanlah mereka dari segala marabahaya dan kecelakaan.
Jauhkanlah mereka dari hasad dengki dan ketakutan.

Ya Allah.
Jadikanlah aku anak yang soleh.
Anak yang berjasa.
Anak yang sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya.
Anak yang Engkau berikan kekuatan untuk membahagiakan mereka.
Letakkanlah kami dikalangan hamba-hambaMu yang Engkau redhai.
Ameen~

Abah.
Segala tutur kata dan nasihat itu dek kerana dalamnya kasihmu. 
Segala tamparan dan libasan itu aku sedar oleh kerana sayangmu.
Andai diatur semua bapa seluruh dunia manakan sama kasih dan sayangmu.
Terlalu banyak doa ingin kuutus padaNya.
Kasih sang anak ini hanya Engkau yang mengetahui.

Sayang abah~

25 comments:

  1. selamat ari jadi abah !!
    oOoOoppss..
    tersentuh dgn ayat2 oreo..
    teringat ayah kat kampung.. :'(

    ReplyDelete
  2. cikElmo : alahai..haha
    cepat2 kol ayah cik Elmo cepat esok pagi ye :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir too untuk abah ko

    ReplyDelete
  4. cikLinda : hehe :) timekaseh..
    Dato SRK@Hans : timekaseh jugak :)

    ReplyDelete
  5. epi besday ayah oreo! :)
    pendiam trhdp ibubapa? wah...sungguh aku leh bayangkan. Huhu..

    ReplyDelete
  6. selamat ulang tahun untuk abah awak....

    ReplyDelete
  7. oh! terasa ingin menangis juga.
    kisah kita sama.bibir ini sukar sekali melafazkan kata2 sayang pada seorang abah.segan barangkali.dan dia pn memahami.memang zahirnya sikap lelaki sebegitu.selamat hari lahir untuk abah kmu:)

    ReplyDelete
  8. selamat ari jadi abah hehe..tersentuh jugak.teringt abah sy yg telah pergi buat selamalamanya :(

    ReplyDelete
  9. cikAyie : he.gitulah bila dah terbiasa berjauhan..dari sekolah menengah sampai sekarang..huhu

    cikMaCy : he :) anak mana tak syg ayah ibunya ye x? :)

    ReplyDelete
  10. Faiz Farish : timekaseh :)

    Mr Cekodok : he.selalu gitu kan?
    kasih sayang seorang lelaki selalu sukar nak dilafaz dengan kata2..
    kadang2 perbuatan pun jarang menunjukkan kita sayang..
    tapi hakikatnya..
    terima kaseh :)

    ReplyDelete
  11. q-nizam : terima kaseh :)
    same2 kita doakan kebaikan pada yang masih hidup dan kerahmatan pada yang telah pergi..
    Ameen~

    ReplyDelete
  12. huuu. happy birthday uncle. :) letak la gmba ur dad! :D

    ReplyDelete
  13. cikFiesyaaChacha : hehe :)
    thanks..
    pic abah?
    hehe..insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  14. happy birthday to ayahanda oreo! semuga sukses selalu untuk satuu family oreo! ;D

    ReplyDelete
  15. selamat ulangtahun kelahiran untuk beliau... semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umo dan bahagia dunia akhirat. amin :)

    ReplyDelete
  16. selamat ari jadi gak untuk abah aieoreo :)
    muge dipanjang kan umur nyer

    ReplyDelete
  17. dexFab : thanks :)

    cik dini : terime kaseh juga :)

    ReplyDelete
  18. Dato SRK@Hans : haha :)

    Luffy : he :) rasanya boleh kata kebanyakan anak lelaki same gitu kot :)

    chemay :terima kaseh :)
    ameen~

    ReplyDelete
  19. happy birthday abah!

    ;)

    ps.utk abah mr oreO.

    ReplyDelete
  20. slmt ari jadi
    pnjg umo murah rzki
    utk abah blogger :))

    *bufday ayh sy laz month on 15feb
    haha

    ReplyDelete
  21. Lil' Caliph : hehe :) thanks!

    cikMaheyra : thanks :)
    heppy belated bufday utk ayah awak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers