Salam.
Jujur aku katakan.
Aku bukan seorang anak yang baik.
Pijak semut tak mati dan sebagainya.
Aku pendiam dan jarang bercakap dengan bonda dan ayahanda kerana sifat pendiam terlebih itu.
Gitupun aku terlalu sayangkan keduanya.
Lalu hari ini.
Aku memberanikan diri memperlihatkan sayang seorang anak itu.
Taip~taip
"Selamat hari jadi abah.
Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Along sayangkan abah dan mak sangat-sangat."
Nah.
Ayat yang susah benar terluah dengan kata-kata.
Seketika kemudian.
"Tq.Abah dan mak pun syg semua anak-anak..."
Ringkas.
Padat.
Lalu saat ini aku rasa mahu menangis.
Sekalipun dalam hati.
Amat ingin.
Andai Tuhan berikan airmata itu senjata seorang lelaki.
Ya Allah.
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku.
Perkuatkanlah iman mereka.
Berkatilah mereka dengan usia yang panjang.
Rezeki dan nikmat yang melimpah ruah dari sumber yang halal.
Lapangkanlah hati mereka.
Tenangkanlah jiwa mereka.
Jauhkanlah mereka dari segala marabahaya dan kecelakaan.
Jauhkanlah mereka dari hasad dengki dan ketakutan.
Ya Allah.
Jadikanlah aku anak yang soleh.
Anak yang berjasa.
Anak yang sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya.Anak yang Engkau berikan kekuatan untuk membahagiakan mereka.
Letakkanlah kami dikalangan hamba-hambaMu yang Engkau redhai.
Ameen~
Abah.
Segala tutur kata dan nasihat itu dek kerana dalamnya kasihmu.
Segala tamparan dan libasan itu aku sedar oleh kerana sayangmu.
Andai diatur semua bapa seluruh dunia manakan sama kasih dan sayangmu.
Sayang abah~
Segala tutur kata dan nasihat itu dek kerana dalamnya kasihmu.
Segala tamparan dan libasan itu aku sedar oleh kerana sayangmu.
Andai diatur semua bapa seluruh dunia manakan sama kasih dan sayangmu.
Terlalu banyak doa ingin kuutus padaNya.
Kasih sang anak ini hanya Engkau yang mengetahui.
Sayang abah~
selamat ari jadi abah !!
ReplyDeleteoOoOoppss..
tersentuh dgn ayat2 oreo..
teringat ayah kat kampung.. :'(
cikElmo : alahai..haha
ReplyDeletecepat2 kol ayah cik Elmo cepat esok pagi ye :)
hepi bday abah... :)
ReplyDeleteselamat hari lahir too untuk abah ko
ReplyDeletecikLinda : hehe :) timekaseh..
ReplyDeleteDato SRK@Hans : timekaseh jugak :)
epi besday ayah oreo! :)
ReplyDeletependiam trhdp ibubapa? wah...sungguh aku leh bayangkan. Huhu..
i lovee ma dad tOooo^^
ReplyDeleteselamat ulang tahun untuk abah awak....
ReplyDeleteoh! terasa ingin menangis juga.
ReplyDeletekisah kita sama.bibir ini sukar sekali melafazkan kata2 sayang pada seorang abah.segan barangkali.dan dia pn memahami.memang zahirnya sikap lelaki sebegitu.selamat hari lahir untuk abah kmu:)
selamat ari jadi abah hehe..tersentuh jugak.teringt abah sy yg telah pergi buat selamalamanya :(
ReplyDeletecikAyie : he.gitulah bila dah terbiasa berjauhan..dari sekolah menengah sampai sekarang..huhu
ReplyDeletecikMaCy : he :) anak mana tak syg ayah ibunya ye x? :)
Faiz Farish : timekaseh :)
ReplyDeleteMr Cekodok : he.selalu gitu kan?
kasih sayang seorang lelaki selalu sukar nak dilafaz dengan kata2..
kadang2 perbuatan pun jarang menunjukkan kita sayang..
tapi hakikatnya..
terima kaseh :)
q-nizam : terima kaseh :)
ReplyDeletesame2 kita doakan kebaikan pada yang masih hidup dan kerahmatan pada yang telah pergi..
Ameen~
huuu. happy birthday uncle. :) letak la gmba ur dad! :D
ReplyDeletecikFiesyaaChacha : hehe :)
ReplyDeletethanks..
pic abah?
hehe..insyaallah.. :)
happy birthday to ayahanda oreo! semuga sukses selalu untuk satuu family oreo! ;D
ReplyDeleteselamat ulangtahun kelahiran untuk beliau... semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umo dan bahagia dunia akhirat. amin :)
ReplyDeletewelcome...
ReplyDeletehuhuhu
hehe
ReplyDeletekita ni sama ler
selamat ari jadi gak untuk abah aieoreo :)
ReplyDeletemuge dipanjang kan umur nyer
dexFab : thanks :)
ReplyDeletecik dini : terime kaseh juga :)
Dato SRK@Hans : haha :)
ReplyDeleteLuffy : he :) rasanya boleh kata kebanyakan anak lelaki same gitu kot :)
chemay :terima kaseh :)
ameen~
happy birthday abah!
ReplyDelete;)
ps.utk abah mr oreO.
slmt ari jadi
ReplyDeletepnjg umo murah rzki
utk abah blogger :))
*bufday ayh sy laz month on 15feb
haha
Lil' Caliph : hehe :) thanks!
ReplyDeletecikMaheyra : thanks :)
heppy belated bufday utk ayah awak :)