Sunday, February 20, 2011

Bannermu Terbakar Di Kaki Kafeku~

Salam.

Start minggu lepas je,semua dah ibarat "OMG,OMG dia dah mai!"
Apa yang mai?
YB?
Ketua Menteri?
Penghulu mahupun ketua kampung?
Pelakon filem-filem satu warna dari Jepun?


Jeng3.
Pilihanraya kampus datang lagi!
Sila baca dengan nada iklan Tora.


Maka bermulalah satu episod pembaziran sumber tenaga manusia,dan harta benda.
Poster bergantungan.
Jentera berkeliaran.
Mencari mangsa.
Bagaikan filem zombie rating -C.
Flyer bersepah di sana sini.
Banner bergantung menghalang jalan.
Sorak tempik bersahut-sahutan.
Wakil diarak diiringi alunan hon moto ibarat mereka aje yang ada moto dalam kampus ni.
Bagaikan zoo di tengah pulau.
Sadis.


Disebalik kekalutan manusia sibuk melobi kuasa ini,
ada pulak yang ambil kesempatan.
Ala-ala Mesir tempohari.
Dibakar oleh si polan yang tuhan dan kamera cctv saja tahu siapa;
sehelai banner milik bakal wakil pelajar mahupun bakal wakil pelajar tak jadi.


Entah kerja siapa semua tak tahu.
Yang berkempen tuding-menuding jari.
Salahkan sana,salahkan sini.
Buruknya sifat manusia bila melibatkan kuasa.
Mohon dijauhkan dari aku, tuhan, sifat buruk sebegini.


Kempenlah.
Aku tak kesah.
Yang aku kesah;
siapapun menang mahupun kalah,
sila recycle segala sampah anda.
Dan sediakan bas komuter secukupnya.

Kami undi bukan sebab kami nak anda sangat pun;
kami undi untuk kepentingan kami.


Muahahahahahahahahahahaha.Eh jahatnye aku.Hahahahahahaha

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers