Monday, September 12, 2011

6% Cukai?

Salam.


Cukai 6% diura-ura akan dikenakan keatas setiap pembelian prepaid mobile bagi pek simkad dan isian semula aka topap. Oleh TELCO.


Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). (Sumber BHarian Online)


                           -Okey,siap-siap beli topup lebih kurang 2-3K sebagai bekap kalau2 naik
                  - RM2000 x 6% = RM2120. Banyak tu..
                           - Tu baru kira nilai ringgit. Belum campur call rate yang tak tentu.
                  - Kita guna SKYPE aje lepas ni -____-


Beberapa bulan lepas kalau isi RM10, calling2 habiskan RM10 rasa lamaaaaaaaaaaaaaaa je. Sekarang RM10 tak sempat kering air liur pun. Nak kata sekarang baru dilamun cinta, serasa aku la dah bertahun dan aku dengan orang yang sama. Ini bukan lagi masalah teori relativiti. 


Tapi firasat aku menyatakan "macam gerenti naik aje". Baguslah. Semua naik. Kita gaduh-gaduh. Menteri tau apa diorang telefon semua post-paid (kot :P). Minyak naik, servis telefon prabayar naik, barang makanan naik, gaji tak berapa nak naik. Minyak turun pun harga barang naik. Mungkin mesin kisar gandum guna petrol. Baguslah semua naik. Membuktikan ekonomi negara semakin kukuh.
Juga membuktikan Rakyat DIDAHULUKAN Pencapaian Diutamakan.


                  -Kesian kat mak bapak yang selalu topupkan untuk anak-anak..


Satu cerita tak habis dah mula cerita lain. Kesianlah kat para peminat dan extremis-extremis politik yang paranoia dengan macam-macam isu. Tak lama lagi dengarlah tuding-menuding, jadah propaganda semua.
Segala kejadah benda semua balik ke politik. Azan Subuh, Maghrib pun boleh jadi isu politik.
-Kenduri Kahwin Abang Sedara aku siap ada iringan muzik background dari tokong depan rumah, takde pun abang sedara aku bising kat wakil rakyat ke apa.Kata 1Malaysia-


                   -Cina kat kampung aku rilek je dengar azan. Siap boleh azan lagi! Hah


Sekarang nak duit raya pun kena politik. Adik-adik sedara aku pun pandai dah melobi pakcik-makcik kot-kot dapat det raya lebih. Tak tau la pula kalau budak-budak hingusan pun dah pandai main propa. Hasil berkat tunjuk ajar pemimpin-pemimpin idola-ops.


                   -Jadi sebab itulah det raya aku dah kurang tahun ni. Permainan politik semua ni rupanya :P


Titiknya (The Point is - hahaha), aku tak paham permainan politik ni. Tak pasti tujuannya mencari kata putus dan penyelesaian, atau sekadar menambah beban masalah dan paranoia yang tak sudah.


Hah


PS - Setakat pung pang pung pang berpolitik kalau teori relativiti pun tak tau...MALU la

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers