Salam.
Aku sedar aku dah tak seperti dulu.
Jujur.
Selama ini aku hidup bertopeng.
Berlapis-lapis.
Sungguh~
Setiap lapisan bertopeng senyuman.
Yang aku kutip sepanjang perjalanan ke hari ini.
Hari ini aku perasan sesuatu.
Topeng-topeng ini semakin longgar.
Semakin berat.
Baran yang selalunya tersimpan rapi mudah aja terlepas keluar.
Hati yang selalu menyorok di dasar melompat garang ke permukaan.
Mulut yang dahulunya senyap dengan senyum mesra...
Uh..paham-paham aja~
Aku cuma risaukan topeng ini suatu hari tanggal begitu saja
Topeng-topeng ini banyak jasanya.
Topeng ini yang menahan tangan dari melapah insan lain setengah mati.
Topeng ini yang menapis sindir dan kutukan.
Topeng ini yang membuatkan aku tersenyum sentiasa.
Yang buat aku nampak kecil di mata orang lain.
Kerana semua mereka rasa mereka sudah cukup besar.
Bias~
Maaf andai suatu masa nanti topeng ini tanggal jua.
Aku bukan malaikat.
Apatah lagi Nabi.
Aku cuma sekeping biskut dihujung mulut gelas.
Sekadar menanti masa tenggelam dan lebur begitu aja~
Haih~
airoreo....nama awak ape sebenranya.susah betul nak sebut..hehe
ReplyDeletehurmm...tanggalkan je lah topeng tu..tayah nak sembunyik2 lagi..biar orang tahu siapa sebenranya diri kita.
cikAdila : tak pasal2 keluar berita mahasiswa bunuh org plak nanti..
ReplyDeletemwahahahaha XD
~hehe..gurau2 di situ ;)~
incik oreo ~
ReplyDeletesile jgn berhenti senyum...kerna senyuman mu itu cikLinda.....
hhehehhe...x lh smbung...t cikIlaYuriko mrah pule....
aja2 fighting
ololooooOoo... nak main cikuuuu caaakkkk aaaa ngan dni ye pakai2 topeng ni... meh dni tarik je topeng tu... kasi oreo lepuk dni ngan biskut. hiks.... gurau je.. hepi2 tau.meh makan coklat ngan dni... nyummm
ReplyDeleteaie,
ReplyDeletesetiap yang kita rasa sekarang adalah persediaan untuk menghadapi sesuatu yang lebih besar dari ini sekarang.
aku nak tanya. nama ko mmg aieoreo ke?
ReplyDeletesesungguhnye kita ade perbezaan wlopon xbyk.huhuh
ReplyDeleteaku ske puisi ko kali ini. dikarang dengan penuh teliti dan makna...
ReplyDeleteKekadang aku juga mcm kau.
tp kite kne igt, kekadang ada beberapa perkara yg perlu dilepaskan sdikit demi sdikit agar satu bom tidak terletup pada suatu hari akan datang.
cikLinda : hoho..kontroversi satgi XD
ReplyDeletecikDini : coklat?mane?mane? hehehe :P
cikNisa : aku sedar tu..
ReplyDeletetapi aku risaukan org laen di sekeliling sebenarnya..
rupa sebenar aku tak semanis yang disangka..
FaizFarish : haha..aie tu nama panggilan kawan2..ada senior pggl oreo..
jadi disatukan jadi aieoreo.. :)
cikAleen : he :) xde manusia yang sama..semuanya berbeza..
ReplyDeletesebab tu kita nih unik.. :)
cikAyie : hehe :) oreo bukan berpuisi..
nih my style of writing.. ;)
dan timekaseh atas concern cikAyie..
betul tu..
tapi kdg2 meluahkan sikit2 tu sebenarnya sdikit sukar..
tp oreo boleh cuba :) thanks
oreo... heh kawan aku pon ade nama oreo. tp die tak lah plak suke makan biscuit oreo.
ReplyDeletetopeng?? topeng??? ISH PENTING TOPENG TU. KADANG2 KITA KENA KAWAL KEHENDAK KITA.
tapi jgnlah hipokrit. jadi diri sendiri cuma topeng ni hanya alat untuk kawal diri :P
*mungkin aku tak paham apa yang kau rasa tp ini ikhlas.. hi kawan baru :D
asna ashraff : haha..selamat berkenalan :)
ReplyDeletetopeng tu la yang oreo maksudkan..
topeng yang mengawal diri..
betul kita jgn jd hipokrit..
sebab tu la oreo pakai topeng tu..
dgn harapan dpt kawal diri yang sebenarnya bila2 masa boleh meletup dgn marah dsb..
anyway thanks for the thought :)
dan singgah2 selalu ;)
hoho terbaek aieoreo... nape name kamu jadi kontroversi?? pelik2.. ;)
ReplyDeletecikElmo : hoho..selebriti kot..hehe :P
ReplyDeletejgn marah aaaaa~ XD