Tuesday, March 30, 2010

Topeng

Salam.
Aku sedar aku dah tak seperti dulu.
Jujur.
Selama ini aku hidup bertopeng.
Berlapis-lapis.
Sungguh~
Setiap lapisan bertopeng senyuman.
Yang aku kutip sepanjang perjalanan ke hari ini.
Hari ini aku perasan sesuatu.
Topeng-topeng ini semakin longgar.
Semakin berat.
Baran yang selalunya tersimpan rapi mudah aja terlepas keluar.
Hati yang selalu menyorok di dasar melompat garang ke permukaan.
Mulut yang dahulunya senyap dengan senyum mesra...
Uh..paham-paham aja~
Aku cuma risaukan topeng ini suatu hari tanggal begitu saja

Topeng-topeng ini banyak jasanya.
Topeng ini yang menahan tangan dari melapah insan lain setengah mati.
Topeng ini yang menapis sindir dan kutukan.
Topeng ini yang membuatkan aku tersenyum sentiasa.
Yang buat aku nampak kecil di mata orang lain.
Kerana semua mereka rasa mereka sudah cukup besar.
Bias~

Maaf andai suatu masa nanti topeng ini tanggal jua.
Aku bukan malaikat.
Apatah lagi Nabi.
Aku cuma sekeping biskut dihujung mulut gelas.
Sekadar menanti masa tenggelam dan lebur begitu aja~
Haih~

15 comments:

  1. airoreo....nama awak ape sebenranya.susah betul nak sebut..hehe

    hurmm...tanggalkan je lah topeng tu..tayah nak sembunyik2 lagi..biar orang tahu siapa sebenranya diri kita.

    ReplyDelete
  2. cikAdila : tak pasal2 keluar berita mahasiswa bunuh org plak nanti..
    mwahahahaha XD
    ~hehe..gurau2 di situ ;)~

    ReplyDelete
  3. incik oreo ~
    sile jgn berhenti senyum...kerna senyuman mu itu cikLinda.....

    hhehehhe...x lh smbung...t cikIlaYuriko mrah pule....

    aja2 fighting

    ReplyDelete
  4. ololooooOoo... nak main cikuuuu caaakkkk aaaa ngan dni ye pakai2 topeng ni... meh dni tarik je topeng tu... kasi oreo lepuk dni ngan biskut. hiks.... gurau je.. hepi2 tau.meh makan coklat ngan dni... nyummm

    ReplyDelete
  5. aie,

    setiap yang kita rasa sekarang adalah persediaan untuk menghadapi sesuatu yang lebih besar dari ini sekarang.

    ReplyDelete
  6. aku nak tanya. nama ko mmg aieoreo ke?

    ReplyDelete
  7. sesungguhnye kita ade perbezaan wlopon xbyk.huhuh

    ReplyDelete
  8. aku ske puisi ko kali ini. dikarang dengan penuh teliti dan makna...

    Kekadang aku juga mcm kau.

    tp kite kne igt, kekadang ada beberapa perkara yg perlu dilepaskan sdikit demi sdikit agar satu bom tidak terletup pada suatu hari akan datang.

    ReplyDelete
  9. cikLinda : hoho..kontroversi satgi XD

    cikDini : coklat?mane?mane? hehehe :P

    ReplyDelete
  10. cikNisa : aku sedar tu..
    tapi aku risaukan org laen di sekeliling sebenarnya..
    rupa sebenar aku tak semanis yang disangka..

    FaizFarish : haha..aie tu nama panggilan kawan2..ada senior pggl oreo..
    jadi disatukan jadi aieoreo.. :)

    ReplyDelete
  11. cikAleen : he :) xde manusia yang sama..semuanya berbeza..
    sebab tu kita nih unik.. :)

    cikAyie : hehe :) oreo bukan berpuisi..
    nih my style of writing.. ;)
    dan timekaseh atas concern cikAyie..
    betul tu..
    tapi kdg2 meluahkan sikit2 tu sebenarnya sdikit sukar..
    tp oreo boleh cuba :) thanks

    ReplyDelete
  12. oreo... heh kawan aku pon ade nama oreo. tp die tak lah plak suke makan biscuit oreo.

    topeng?? topeng??? ISH PENTING TOPENG TU. KADANG2 KITA KENA KAWAL KEHENDAK KITA.

    tapi jgnlah hipokrit. jadi diri sendiri cuma topeng ni hanya alat untuk kawal diri :P

    *mungkin aku tak paham apa yang kau rasa tp ini ikhlas.. hi kawan baru :D

    ReplyDelete
  13. asna ashraff : haha..selamat berkenalan :)
    topeng tu la yang oreo maksudkan..
    topeng yang mengawal diri..
    betul kita jgn jd hipokrit..
    sebab tu la oreo pakai topeng tu..
    dgn harapan dpt kawal diri yang sebenarnya bila2 masa boleh meletup dgn marah dsb..
    anyway thanks for the thought :)
    dan singgah2 selalu ;)

    ReplyDelete
  14. hoho terbaek aieoreo... nape name kamu jadi kontroversi?? pelik2.. ;)

    ReplyDelete
  15. cikElmo : hoho..selebriti kot..hehe :P
    jgn marah aaaaa~ XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers