Sunday, June 13, 2010

Dari Sungai Dua ke Minden - Siri 3

"Ah.Beliau ada kat surau lagi."
"Oho.Beliau tak mahu makan malam lagi ke?" tanya Alang.
"Entah la beliau."
Ariff menekan-nekan perut menahan ketawa sambil memicit punggungnya yang sakit akibat jatuh dari kerusi tadi.Aku harap buntutnya lebam.Haha.
"Oh.Sakit ke?Lepas ni bengkak mesti seksi kalau kau jalan.Huahahahahahahahahaha," kataku pada Ariff.
"Cis.Kau jangan jeles kalau ada orang puji buntut aku seksi lepas ni.Hahahaha,"ketawa Ariff sambil menutup mulutnya,ala-ala mak tiri yang nak rampas harta pusaka dalam sinetron tv9.
"Arghh.Gelimatttt!"
Ariff dan Alang ketawa serentak.
                                                                          ***
"Aku ingat petang ni aku nak ikut pergi tengok engkau main bola.Boleh?" tanya Azharul pada Aliff.
"Lah.Ikut ajalah.Selama ni pun siapa nak marah kau tengok.Nak main pun dialu-alukan."
"Chanteklah.Siapa lagi ada?"
"Budak-budak tu semua ada,senang cerita macam-macam ada."
"Macam iklan Astro dulu-dulu pulak," kata Azharul dalam hati.Ah,aku nak ambil gambar banyak-banyak petang ni.Biar sampai muntah tekan kamera.Haha.
"Siap-siap lepas Asar kita gerak.Tumpang kereta kau boleh?" tanya Aliff.
"Boleh.Takda hal."
 
Sesudah Asar,Suzuki Vitara bernombor plate Kuala Lumpur meluncur laju membelah kesesakan lalu lintas dalam kampus ke Minden.Vitara diletak sebelah padang bola.Di tengah padang sudah ada sahabat-sahabat berlari-lari anak kambing."Chomel,"kata Azharul dalam hati.Beg kamera Nikon D3000 di tempat duduk belakang dicapai.Kamera kesayangan yang diberi nama Markonah dikeluarkan.
 
"Oii!Jaa!Sini!" jerit kawan-kawan yang teruja melihat kamera.Azharul tersenyum simpul.Lensa ditala kearah kawan-kawan yang sedang berposing sakan.Sekali-sekala pose berubah dalam beberapa snap gambar yang diambil.Macam-macam gaya.Sekejap macam tugu negara,sekejap macam pendatang tanpa izin,sekejap macam America's Top Model pun ada.Tapi versi lelaki.Jaa rasa sedikit nak muntah tapi angin yang keluar.
Puas bergambar kawan-kawan kembali berlari memanaskan badan.Azharul mengambil kerusi plastik yang entah macam mana boleh ada di tepi padang.Diletakkan betul-betul di garisan tepi padang bola.Kawan-kawan yang tadi berlari bagai dikejar along mula menyepak-nyepak bola.Hulu mata Azharul mengikut pergerakan bola.Kanan.Kiri.Atas.Bawah.Kanan.Kiri.Atas.Kanan.Azharul rasa sedikit pening.
Dialihkan penutup lensa Markonah.Lensa dihalakan kesetiap penjuru.Mencari-cari sudut-sudut menarik untuk diabadikan.Silap-silap mana tahu kalau-kalau nampak jodoh di mana-mana."3 in 1,"bisik hati Azharul.Dia ketawa kecil.
Beberapa kuntum bunga rumput di tepi jalan mencuri perhatian Azharul.Beberapa gambar diambil.Azharul membelek-belek gambar yang diambil.Puas.
 
"Assalamualaikum," ada suara lembut memberi salam.Nyaris-nyaris Azharul tergelincir dalam longkang akibat terkejut.Azharul mengangkat kepala.
"Waalaikumsalam," jawab Azharul.Ada seorang gadis manis bertudung labuh tersenyum di hadapannya.
"Awak tangkap gambar apa?" tanya gadis manis seraya tersenyum.Azharul rasa macam ada litar pintas dalam kepala.
"Ah.Gambar awak.Eh,bukan,gambar bunga.Haha."
"Ha.Jangan sekodeng orang ambil gambar tau.Tak baik tu,"gurau gadis manis bertudung labuh.
"Eh.Tak adalah.Saya ambil gambar bunga ja."
"He.Saya tau.Saja usik awak.Tekun saya tengok dari tadi," gadis manis senyum sambil menutup mulut.Azharul rasa bagai nak runtuh imannya.Azharul terdiam,kelu.
"Maaf buat awak terkejut tadi," ujar gadis manis.Dari jauh di pintu jaga Minden ada dua orang bertudung labuh melambai-lambai sopan.Gadis manis melambai kembali.
"Saya minta diri dulu.Assalamualaikum," ucap gadis manis dan berlalu pergi.Azharul cuma mampu membalas dalam hati.
"Ehem!"
Azharul tersentak.Kali ini kaki kanannya terjerumus dalam longkang.Mujur kering kontang.Ditolehnya ke belakang.Moloch tersengih-sengih macam baru lepas tengok sarkis.
"Amboi.Advance.Patut la tiba-tiba kau nak turun Minden," guraunya.
"Haish.Mana ada.Aku turun nak ambil gambar korang la,"Azharul mempertahankan niat asalnya yang murni.
"Hehe.Okey,okey.Aku guraulah."Azharul menarik nafas lega.Kakinya sedikit sakit terkena bucu longkang.Moloch berlari masuk ke padang.
Azharul menggaru-garu kepala.Markonah dibelek-belek.Otak berputar.Siapa si manis bertudung labuh tadi?Macam pernah kujumpa.

Tapi di mana ya?

8 comments:

  1. gadis bertudung labuh??
    vitara berplat KL??
    Markonah??

    bertuah si azharul tu ditegur wanita bertudung labuh di padang minden.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. boleh apply kat sol-jah. tulis blook ngan mereka.. komferm meletopz..

    ReplyDelete
  3. manisnye lah hai pompuan tu berkate2...

    ReplyDelete
  4. degegerl : haha..manis la..manis la..*wink2~*

    ReplyDelete
  5. abrar : ah..haha.aku menulis sekadar untuk suka suki saja :)

    ReplyDelete
  6. wanita bertudung labuh????
    wahh..siapakah???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers